Pelumba Portugal maut di Grand Prix Macau













HONG KONG 16 Nov. - Pelumba motosikal Portugal, Luis Filipe de Sousa Carreira terbunuh dalam kemalangan ketika menyertai sesi kelayakan perlumbaan Grand Prix Macau.
Jawatankuasa penganjur berkata, Carreira mati akibat kecederaan dalam kemalangan tengah hari semalam.
"Tiada pelumba lain terlibat dalam insiden itu, yang berlaku di selekoh Fisherman... sesi kelayakan dihentikan serta-merta," kata jawatankuasa dalam satu kenyataan.
"Selepas diperiksa oleh pihak doktor, Carreira dikejarkan ke hospital dengan sebuah ambulans."
Pelumba berusia 35 tahun dari Lisbon itu mati setengah jam kemudian, kata kenyataan itu. - AFP










Related Posts :info sukan, Info Tragedi,

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban