Perancis bangkit benam Itali



MARIO Balotelli melepasi asakan pemain Perancis, Anthony Reveillere pada aksi persahabatan di Parma, semalam. - REUTERS
PARMA, Itali - Perancis bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk membenam Itali 2-1 semalam, sekali gus memberikan Azzurri kekalahan keenam berturut-turut dalam aksi persahabatan antarabangsa.
Penyerang muda kian meningkat, Stephen El Shaarawy meletakkan Itali di depan pada minit ke-35.
Begitupun, Perancis memerlukan hanya dua minit untuk menyamakan kedudukan menerusi Mathieu Valbuena sebelum pemain gantian, Bafetimbi Gomis meledak gol kemenangan pada minit ke-67.
Daripada lima perlawanan persahabatan yang diharungi Itali sebelum ini, mereka kalah kepada Poland, Uruguay, Amerika Syarikat, Rusia dan England.
Namun, Itali hebat dalam kejohanan rasmi, dengan muncul naib juara Euro 2012 Julai lalu dan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2014, Azzurri memenangi tiga daripada empat perlawanan setakat ini dan seri satu lagi.
"Kami perlu bersedia apabila tiba masanya. Kami perlu tumpukan perhatian terhadap saingan Kelayakan dan bereksperimen dalam perlawanan-perlawanan sebegini... namun itu bukan alasan untuk kalah," tegas jurulatih Azzurri, Cesare Prandelli.
Perancis yang disingkir penyandang juara Dunia dan Eropah, Sepanyol pada Euro 2012, juga bermula cemerlang dalam kempen kelayakan Piala Dunia dengan membenam Finland dan Belarus sebelum seri 1-1 dengan Sepanyol di tempat lawan bulan lalu, hasil jaringan lewat permainan oleh Olivier Giroud.
"Kami mencapai satu keputusan yang memberangsangkan di Itali, naib juara Eropah yang menampilkan skuad penuh berkualiti biarpun tanpa beberapa tonggak utama hari ini," ujar jurulatih Perancis, Didier Dechamps. -Agensi




Related Posts :info sukan,

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban