Scalogel































Dr. Mohd Effendy Ab Wahid (kanan) dan Thirukanthan Chandra Segaran bersama anugerah masing -masing selepas memenangi pingat emas pada pameran BioInnovation di ibu negara baru-baru ini.

ANDA mungkin biasa terluka atau cedera akibat kemalangan jalan raya , ketika bermain acara sukan atau menyertai aktiviti lasak atau kesan luka akibat pembedahan.

Biasanya anda terus ke klinik mendapatkan rawatan atau segelintir lagi hanya mencuba ubat-ubatan tradisional seperti herba dan sebagainya.

Bagi sesetengah luka, kesan parut tidak akan hilang dan meninggalkan kesan yang agak kurang menyenangkan.

Namun begitu, terdapat jenama ubat luka tertentu yang didakwa berkeupayaan mengurangkan kesan parut tetapi ia bergantung kepada jenis ubat yang digunakan.

Masalah parut tersebut boleh menimbulkan kesan psikologi yang mendalam kepada individu tersebut, dan perasaan malu serta rendah diri seringkali menyelubungi diri mereka.

Bagaimanapun, hasil kajian dua penyelidik Institut Bioteknologi Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu sepatutnya boleh memberi khabar gembira dengan penemuan mereka menghasilkan hidrogel untuk merawat luka, Scalogel.



Menurut Ketua Penyelidik, Prof. Dr. Mohd. Effendy Ab Wahid, bahan atau hidrogel penyembuh luka tersebut dihasilkan menggunakan chitosan sebagai bahan asas.

Penyelidikan yang dijalankan bersama penyelidik Thirukanthan Chandra Segaran sejak dua tahun lalu menghasilkan prototaip Scalogel yang kini sedia untuk dipasarkan dalam bentuk gel. Ia mampu membantu mengembalikan struktur morfologi kulit melalui pembentukan kolagen.

Kajian itu dibiayai melalui lebihan peruntukan kajian kuda laut yang disumbangkan oleh Johor Biotech Corp.
Katanya, chitosan merupakan bahan semula jadi biopolimer yang dihasilkan daripada chitin, komponen utama dalam organisme krustasea seperti udang, ketam dan belangkas. Selain itu ia juga boleh diperoleh daripada sisik ikan seperti kerapu atau arowana.

"Bahan tersebut dikenali dalam bidang pengurusan luka dengan adanya bahan semula jadi yang bersifat mudah melekap dan hemostatik ( menghentikan pendarahan) yang penting dalam memastikan perdarahan dapat diminimumkan.

Bahan hidrogel juga memberikan sekitaran yang lembap dan menggalakkan proses penyembuhan berlaku dengan kondusif.

Ini kerana sewaktu luka, proses jangkitan yang berlaku akan menyebabkan cecair eksudatif keluar daripada saluran darah ke kawasan luka dan tisu-tisu sekitarnya.

Tekanan ke atas saraf sekitar yang diakibatkan oleh pengumpulan cecair eksudatif (cairan yang keluar daripada saluran darah akibat pengembangan salur) merupakan punca kesakitan pada luka tersebut.
Keadaan akan bertambah buruk sekiranya luka tersebut dicemari dengan kehadiran bakteria.

"Kemampuan hidrogel untuk menampung cecair melalui tindakan penyerapannya membantu mempercepatkan pengecutan luka, seterusnya mengurangkan jurang antara luka, dan membantu mengurangkan pembentukan parut.

"Bahan asas yang digunakan juga tidak beracun dan tidak menunjukkan kesan-kesan sampingan serta mesra alam".

"Bahan asas hidrogel ini menunjukkan ia bersifat antibakteria bergram positif antaranya Staphylococcus aureusBacillus sp. dan Streptococcus sp yang seringkali ditemui pada kawasan permukaan kulit.
"Selain itu, hidrogel yang dihasilkan juga menggalakkan proses penyembuhan luka berlaku lebih dengan pantas," kata Dr.Mohd Effendy.

Bahan chitin yang diperolehi daripada sisik ikan tilapia diproses secara berperingkat sehingga pembentukan chitosan dan akhirnya Scalogel.

Ia hanya perlu disapu pada luka dan menunjukkan tindak balas penyembuhan dalam masa yang lebih singkat daripada produk seumpamanya di pasaran.

Dengan kejayaan tersebut, beliau yakin ia membantu mengatasi masalah luka dan mengelakkan parut kekal pada badan.

"Oleh kerana hidrogel merupakan polimer yang bersifat lentur, ia boleh digunakan untuk merawat luka pada kawasan yang banyak menggunakan pergerakan seperti sendi, pelipat siku, lutut dan sebagainya kerana kuasa melekapnya yang tinggi," jelasnya.

Disebabkan saiznya partikel bahan chitin yang digunakan adalah 5kDa, ia mampu menembusi liang-liang pada permukaan kulit. Ini menjadikan ia sesuai digunakan sebagai bahan placebo (bahan asas yang boleh dicampurkan dengan ubat untuk kegunaan industri farmaseutikal.

Sifat hidrogel yang mudah mengering dengan ciri-ciri antibakteria membolehkan ia digunakan sebagai bahan topeng untuk produk penjagaan kulit wajah.

Pihaknya kini sedang menunggu syarikat yang berkemampuan dan berminat untuk mengkomersialkannya.
Mereka yang berminat boleh menghubungi beliau menerusi e-mel effendy@umt.edu.my atau mohdeffendy2010@gmail.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.






Related Posts :Info Agroculture, info AGROBIZ, info business, Info BioTech,

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban