Proses naik taraf Mahkamah Syariah di peringkat akhir







KUALA LUMPUR 22 Dis. - Proses menaik taraf sistem perundangan syariah di negara ini dengan menambah peringkat mahkamah itu daripada tiga kepada lima, kini di tahap akhir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, draf berhubung pindaan perundangan itu mendapat persetujuan Raja-Raja dan Majlis Agama Islam di 13 negeri.
Beliau berkata, usaha menaik taraf sistem kehakiman syariah itu dijangka dapat dilaksanakan pada tahun depan jika dipersetujui secara kolektif oleh semua Majlis Agama Islam negeri.
"Ia sedang dipersembahkan kepada raja-raja dan Majlis Agama Islam negeri, terutama ahli lembaga majlis dan sekarang ini, kita telah melepasi 13 negeri manakala negeri terakhir iaitu Kedah, akan kita bentangkan pada 30 Dis depan.
"Sekiranya kesemua negeri mempersetujui cadangan ini, kita akan bentangkan pada Majlis Raja-Raja untuk mendapat perkenan, dan seterusnya untuk proses pelaksanaan peningkatan mahkamah tersebut," katanya. - BERNAMA





Related Posts :info semasa,

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban