Chong Wei mara ke separuh akhir
















Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei hanya melakukan aksi 'memanaskan badan' untuk menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Maybank Terbuka Malaysia 2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil.






Pemain nombor satu dunia itu hanya mengambil masa 24 minit untuk menumpaskan pemain pilihan kelima, Hu Yun dari Hong Kong, 21-12 dan 21-9 pada saingan suku akhir.
Chong Wei, 30, yang memburu gelaran kesembilan Terbuka Malaysia, akan mementang pilihan keenam, Jan O Jorgensen dari Denmark pada separuh akhir esok.
Selain Chong Wei, wakil negara yang masih meneruskan cabaran ialah beregu lelaki Goh V Shem/Lai Khim Wah dan beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying.
Dalam pada itu, Jorgensen mara ke separuh akhir selepas menumpaskan pemain nombor dua negara Liew Daren, 19-21, 21-13, 21-17 pada perlawanan 62 minit itu.
Beregu Goh/Lim pula mengalahkan beregu Korea Selatan, Kang Ji Wook/Lee Sang Joon 21-14, 21-16 untuk berdepan dengan satu lagi beregu Korea Selatan, Ko Sung Hyun/Lee Yong Dae pada separuh akhir.
Beregu pilihan keenam dari Korea itu sebelum itu melakukan kejutan dengan mengetepikan pilihan keempat, Hirokatsu Hashimoto/Noriyasu Hirata dari Jepun 21-14, 21-7 dalam saingan suku akhir.
Sementara itu, gandingan Chan dan Goh menampilkan aksi cemerlang untuk menjinakkan gandingan senegara Tan Aik Quan/ Lai Pei Jing 21-13, 21-14 dalam masa 31 minit.
Chan dan Goh akan menentang pilihan keempat, Robert Mateusiak/Nadiezda Zieba pada separuh akhir selepas pasangan Poland itu menewaskan pilihan ketujuh Danny Bawa Chrisnanta/Vanessa Neo Yu Yan dari Singapura 21-11, 21-12.
Perlawanan separuh akhir esok bermula pukul 2 petang.





Related Posts :info sukan,

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban