Hafizh sasar ulangi kejutan di Sepang



















Pelumba wildcard Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah berhasrat mengulangi pencapaian kedudukan keempat pada Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Sepang tahun lepas pada edisi tahun ini.


Pelumba remaja berusia 18 tahun itu berkata beliau menaruh harapan tinggi untuk beraksi buat kali kedua pada saingan Moto2 di GP Malaysia tahun ini namun tumpuan lebih terarah kepada usaha mengutip mata bagi memperkukuhkan kedudukan keseluruhan dalam acara itu.
"Bagi saya, kejayaan menduduki tangga keempat pada Moto2 tahun lepas adalah satu rezeki yang tidak ternilai bagi saya," katanya.
Mengulas mengenai saingan kejohanan motosikal berprestij CEV Buckler di Sepanyol bermula pada 28 April ini, Hafizh yang akan membuat penampilan kedua pada musim ini menyasarkan untuk meraih tiga tempat teratas.
Pelumba berkenaan yang membuat penampilan sulung tahun lepas hanya mampu  menduduki tangga keenam keseluruhan daripada daripada 33 pelumba menerusi tujuh siri perlumbaan yang dipertandingkan di sekitar negara berkenaan.
"Bukan senang memberikan saingan dalam siri perlumbaan berkenaan kerana pelumba yang bersaing adalah sangat hebat.
"Bagi saya, yang penting adalah meningkatkan prestasi semasa saya bagi memastikan saya mampu memberikan saingan kepada pelumba lain pada kejohanan itu," kata pelumba pasukan Petronas Raceline Malaysia itu.
Kejohanan CEV Buckler merupakan perlumbaan berrestij di Sepanyol dan dianjurkan bersama oleh pemegang hak penganjuran MotoGP iaitu Dorna Sports dan Persekutuan Motosikal Sepanyol.
Kejohanan berkenaan menjadi platform terbaik kepada pelumba muda untuk beraksi dalam kejohanan yang lebih tinggi seperti MotoGP dan Kejuaraan Superbike Sedunia.





Related Posts :info sukan,

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban