UMS ungguli penyelidikan sains sukan tahun lepas


























Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengungguli penyelidikan sains sukan tahun lepas apabila empat penyelidik sains sukan UMS menerima geran penyelidikan yang berjaya melahirkan atlet mampu memperoleh kemenangan dalam sesuatu kejohanan.


Menurut kenyataan UMS, pasukan Penyelidikan Sains Sukan Berprestasi Tinggi diketuai Prof Madya Dr Razali Abdullah mendapat geran komuniti RM50,000 daripada CIMB Foundation pada 2011 dan RM30,000 pada tahun lepas untuk melaksanakan program ‘Ranau – Run for Life’ dengan modul dan latihan diberikan kepada jurulatih sekolah larian jarak sederhana di daerah Ranau.

Penyelidikan tersebut berjaya melahirkan beberapa atlet yang memperoleh pingat di peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Sukan Malaysia (Sukma).

Dr Mohamad Razali juga pakar rujuk sains sukan bagi kontinjen Sukma Terengganu yang telah menjuarai Sukma empat kali berturut-turut.

UMS turut dianugerah RM90,000 daripada Kementerian Pengajian Tinggi menerusi Geran Skim Penyelidikan Eksploratori (ERGS) pada Julai lepas bagi menjalankan kajian mengenai kesan latihan otot terhadap postur pemanah remaja, diketuai Pathmanathan K. Suppiah yang juga ahli panel kursus sains sukan Majlis Sukan Negara (MSN) dan panel program pembangunan olahraga MSN.

Geran Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS) 2012 dari Kementerian Pengajian Tinggi turut dianugerahkan kepada dua penyelidik sains sukan UMS iaitu Dr Mohamad Nizam Nazarudin, yang mengkaji kesan beg sekolah berat pada sistem otot dan rangka murid sekolah rendah, dan Hasnol Noordin bagi kajian bertajuk 'Model Prestasi Psiko-Biologi Pemain Ragbi Elit Remaja Kebangsaan dengan Pencapaian Pasukan.'

Kedua-dua kajian itu menerima geran masing-masing bernilai RM40,000.

Pasukan penyelidik UMS diberi pengiktirafan pada awal bulan ini apabila dua daripada tiga usul kajian mereka terpilih menerima Geran Skim Penyelidikan Sukan (SRGS) daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Kajian yang berjaya memperoleh dana tersebut ialah mengenai dimensi baharu aerobik dan kajian bertajuk ‘Prototaip Instrumen Latihan dan Pengukuran Ketangkasan Reaktif Atlet UMS'.

Kedua-dua kajian tersebut, yang menerima dana berjumlah RM70,000, akan memanfaatkan kontinjen Sukma Sabah jika Sabah ingin menempa nama sebagai juara Sukma.





Related Posts :info pelajar, Info sains, info sukan,

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban