Wakil negara alami nasib berbeza














Skuad badminton negara mengalami nasib berbeza pada pusingan kedua Kejohanan Super Siri Maybank Terbuka Malaysia 2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, semalam.



Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menerima laluan percuma ke suku akhir esok selepas lawannya Boonsak Ponsana dari Thailand menarik diri daripada kejohanan bernilai US$400,000 (RM1.206 juta) itu kerana tidak sihat.
Chong Wei, yang memburu gelaran kesembilan, akan menentang Hu Yun pada saingan suku akhir selepas pemain Hong Kong itu menumpaskan rakan senegara Wong Wing Ki 12-21, 21-14, 21-13.
Pemain nombor dua negara Liew Daren turut mengalami nasib sama seperti Chong Wei apabila melangkah ke suku akhir tanpa turun ke gelanggang selepas lawannya Taufik Hidayat dari Indonesia menarik diri akibat masalah kecederaan.
Dalam acara beregu, pula, beregu utama negara Koon Kien Kiat dan Tan Boon Heong turut memberi kemenangan percuma kepada beregu senegara Goh V Shem dan Lim Khim Wah selepas Tan disyaki mengidap deman denggi.
Berikutan itu, Goh dan Lim akan berdepan dengan beregu Korea Selatan,  Kang Ji Wook/Lee Sang Joon pada perlawanan suku akhir.
Sebelum itu, beregu Korea itu mara ke suku akhir selepas mengalahkan beregu negara Hoon Thien How/ Tan Wee Kiong 17-21, 21-11, 21-16.
Dalam acara beregu campuran, dua gandingan negara turut melangkah ke suku akhir dengan pilihan utama kejohanan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying menumpaskan gandingan Denmark Mads Pieler Kolding/Kamilla Rytter Juhl 21-19, 18-21, 2-16.
Gandingan Tan Aik Quan/Lai Pei Jing juga turut meneruskan saingan dengan mengatasi pasangan Scotland Robert Blair/Jillie Gilmour 21-16, 21-18.
Dalam pada itu, pemain wanita tunggal negara Sonia Cheah gagal meneruskan saingan apabila dikecewakan oleh pemain China, Yao Xue dengan keputusan 21-16, 21-15.





Related Posts :info sukan,

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban