Keadaan di Tawau, Semporna selamat, terkawal - Polis


SEMPORNA 6 Mac - Keadaan keselamatan di Semporna dan Tawau adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan keselamatan mereka, kata polis.
Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd. Firdaus Francis Abdullah berkata, kejadian berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata hanya berlaku di tempat tertentu.
"Keadaan di lokasi serangan hendap iaitu di Kampung Simunul pada Sabtu lepas juga kembali normal dan penduduk telah pulang ke rumah masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna di sini hari ini.
Mohd. Firdaus berkata, masih wujud persepsi dalam kalangan masyarakat tempatan kononnya anggota penceroboh berkeliaran di bandar ini, namun siasatan polis mendapati ia tidak benar.
Di TAWAU, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah mengingatkan orang ramai supaya tidak cemas atau bimbang tentang keselamatan mereka kerana daerah Tawau berada dalam keadaan tenteram dan aman.
"Sejak pencerobohan di Lahad Datu, tiada sebarang gejala atau perkara luar biasa berlaku di sekitar Tawau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, orang ramai di bandar itu menjalankan urusan harian mereka seperti biasa. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban