Mesin ais krim goreng


UNTUK ruangan inovasi kali ini, pihak Zull Design Autotronic (ZDA) menampilkan mesin aiskrim goreng semiautomatik.
Mesin berkenaan kelihatan sangat mudah digunakan dan tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk mengendalikannya.
Hanya seorang tenaga manusia boleh menghasilkan lebih kurang enam keping aiskrim dalam tempoh seminit.
Dengan ini, ia terbukti berkesan lebih cepat berbanding dengan proses secara manual dan hasil yang jauh lebih kemas dan bentuk yang lebih cantik.
Masalah yang biasa didengari oleh pihak pengusaha ialah kebanyakan daripada mereka tidak cukup tenaga untuk menekan roti.
Cara tersebut memerlukan tenaga yang agak kuat untuk membolehkan dua belah roti tersebut bercantum dengan elok tanpa terbuka.
Seterusnya, permintaan yang terlalu banyak tidak dapat dipenuhi dan disiapkan secepat mungkin.
Dengan itu pengusaha terpaksa menolak tempahan yang berpotensi dan tidak dapat mengembangkan perniagaan tersebut ke peringkat lebih tinggi.
Maka, di atas alasan tersebut, pihak ZDA telah cuba melakukan beberapa penyelidikan untuk menghasilkan satu mesin yang sesuai bagi membantu pengusaha-pengusaha aiskrim goreng.
Kini ZDA telah berjaya mereka bentuk sebuah mesin tersebut bagi menyelesaikan masalah sedia ada.
Mesin tersebut juga direka khas mengikut spesifikasi yang diminta oleh pengusaha.
Perbincangan antara dua pihak amat penting dalam urusan penempahan bagi menghasilkan satu mesin yang berkualiti tinggi dan tahan lama.
Cara itu juga penting bagi mengelakkan hasil mesin tersebut yang tidak menepati permintaan dan tidak berfungsi dengan baik.
Dengan adanya mesin tersebut , diharap dapat menjimatkan tenaga pekerja, kos, ruang kerja dan masa, malah mampu meningkatkan pengeluaran yang lebih banyak.
Selain itu, kelebihannya juga boleh dilihat apabila ia mampu menarik minat pelanggan kerana coraknya yang berbeza daripada yang berada di pasaran. Jaminan kebersihan juga boleh dipastikan apabila kuantiti pekerja dikurangkan.
Seperti diketahui , ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia ada siap sebaliknya bergantung kepada permintaan atau tempahan pengguna.
Penciptaan mesin biasanya bergantung kepada modal, spesifikasi, kemampuan, dan permintaan pengguna.
Harga bagi setiap mesin adalah bergantung kepada ciri-ciri tersebut dan tidak tetap. Harga mesin yang mereka tempah bergantung kepada keperluan dan kehendak pengguna.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban