Penstoran sisa radioaktif

Penstoran sisa radioaktif


Kemudahan penstoran sisa radioaktif Nuklear Malaysia di Bangi.
PENSTORAN merupakan langkah penting dalam pengurusan sisa radioaktif. Sesuatu kemudahan penstoran harus berupaya menyimpan sisa tidak kira dalam apa bentuk, kandungan unsur radioaktif atau status pemprosesan secara selamat.
Sisa harus boleh diterima, dikendali, disimpan dan dikeluarkan tanpa menyebabkan risiko-risiko yang tidak dikehendaki kepada pengendali mahupun orang awam.
Oleh itu, sesebuah kemudahan penstoran yang selamat bergantung kepada reka bentuk, pembinaan, pengendalian dan penyenggaraan mengikut amalan kejuruteraan yang betul.
Sehubungan itu, tanggungjawab untuk mengendalikan penstoran dan pelupusan sisa radioaktif di negara ini diserahkan kepada Pusat Pembangunan Teknologi Sisa (WasTeC), di Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia).
Pengguna juga digalakkan sejauh yang boleh membuat persiapan dengan pembekal luar negara untuk memulangkan sisa punca-punca radioaktif terkedap.
Bagi sisa radioaktif lain, masih dihantar ke Nuklear Malaysia untuk diuruskan.
Sisa radioaktif aras rendah dan sisa punca radioaktif terkedap kini ditempatkan di pusat penstoran di premis Nuklear Malaysia yang dibina pada tahun 2000.


Kapasiti kemudahan ini dijangka dapat menampung penstoran sisa sehingga tahun 2025.
Sisa radioaktif disimpan dengan mengikut tatacara untuk melindungi kesihatan manusia dan persekitaran.
Sisa tersebut tidak boleh disimpan berhampiran bahan mengkakis, mudah meletup atau terbakar dan juga di kawasan yang mudah berlaku bencana alam.
Kemudahan penstoran di Nuklear Malaysia perlu mempunyai simbol sinaran yang jelas dan mempunyai akses terkawal. Bekas penyimpanan sisa radioaktif hendaklah berkeupayaan menjamin keutuhan bungkusan sisa radioaktif supaya ia dikekalkan sepanjang tempoh simpanan yang dijangkakan.
Lazimnya, sisa radioaktif seperti kaca atau benda tajam disimpan dalam bekas yang mempunyai pelapik dalaman kalis tusukan. Sisa punca radioaktif terkedap disimpan di dalam bekas yang dapat mengurangkan dedahan dan membantu pengendalian pada masa akan datang.
Nuklear Malaysia juga mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan dan perlindungan sisa radioaktif di bawah kawalannya.
Ini dilakukan untuk mengelak pusat penstroran sisa radioaktif dicerobohi dan melindungi sisa punca radioaktif daripada sebarang kecurian, kehilangan dan sabotaj.
Sehubungan itu, pelbagai sistem kawalan sekuriti diwujudkan bagi memastikan sisa radioaktif di pusat penstoran tidak dicerobohi dan mengakibatkan risiko kemalangan.
Antara sistem yang digunakan adalah kamera litar bertutup (CCTV), pagar dua lapisan dengan anti-panjat (double fencing with anti-climb internal fencing) dan 'razor wire' serta sensor getaran untuk pagar dalaman yang disambungkan kepada sistem pencerobohan-penggera (Vibration sensor for internal fencing connected to intrusion-alarm system).
Secara umumnya, pusat penstoran sisa radioaktif merupakan strategi jangka pendek. Bagi memastikan sisa tersebut akan terus dapat diuruskan, maka adalah mustahak satu perancangan dibuat untuk membangunkan kemudahan untuk melupuskan sisa tersebut.
Tapak pelupusan (repositori) seharusnya perlu diberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah sisa radioaktif yang semakin meningkat setiap hari hasil daripada pembangunan ekonomi sesebuah negara.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban