Tun Dr. Mahathir yakin peluang BN tawan Kelantan cerah


TUN Dr. Mahathir Mohamad melambaikan tangan kepada ribuan penduduk Pasir Mas pada Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat di Pasir Mas, Kelantan hari ini. - UTUSAN/IRWAN MAJID
PASIR MAS 9 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menawan semula Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam politik tanah air berkata, sokongan yang diberikan rakyat Kelantan kali ini lebih menyerlah berbanding ketika tempoh pemerintahannya sebagai Perdana Menteri.
"Nampak cerah, saya tidak pernah tengok sebegini ramai yang bersemangat hadir pada hari ini, cukup bersemangat, saya harap mereka akan memberi undi kepada BN, dulu ini tidak pernah berlaku.
"Saya berpendapat bahawa kali ini BN akan mendapat kemajuan (sokongan) yang lebih setelah 23 tahun, tiada satu pun pembangunan yang kita lihat Pas buat bangunan elok yang ada pun didirikan oleh Kerajaan Pusat," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dihadiri kira-kira 15,000 hadirin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Raja di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban