Mesin bantu mengisi serbuk












































UNTUK memasukkan serbuk ke dalam bekas beserta berat yang dikehendaki mengambil masa yang lama dan memerlukan pekerja yang ramai.
Mendengar keluhan dan masalah pengusaha-pengusaha akan kesukaran mereka yang agak rumit untuk menghasilkan sesuatu produk dalam kuantiti yang banyak, ZDA menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk cuba membantu mereka dalam menghasilkan produk tersebut.
Hasilnya ZDA telah menghasilkan sebuah mesin untuk membantu pengusaha dengan bajet yang mampu dimiliki.
Mesin tersebut mempunyai konsep yang hampir sama seperti manual tetapi kelebihannya ialah , penggunaannya lebih cepat dan ringkas.
Mesin berkenaan direka mengikut spesifikasi yang diinginkan pelanggan dan ia boleh diubah mengikut kemahuan dan keperluan setiap penggunanya.
Oleh itu bagi siri Inovasi kali ini, Zull Design Autotronic (ZDA) menampilkan mesin pengisian serbuk yang boleh dimanfaatkan oleh pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) dalam projek perniagaan mereka.
Antara spesifikasi mesin tersebut ialah mempunyai kawalan automatik dan semiautomatik dengan kuasa 220-240 VAC dan saiz yang besar iaitu 615 milimeter (mm) x 615 x 1830 mm.
Mesin pengisian serbuk tersebut dihasilkan atas permintaan pelanggan.
Oleh itu, perubahan pada spesifikasi mesin atau ciri-ciri mesin tersebut tertakluk kepada permintaan pelanggan.
Seperti diketahui umum, pembungkusan serbuk untuk tujuan makanan ataupun bukan makanan adalah kerja yang leceh dan agak merumitkan pengusaha.

Untuk menghasilkan sesuatu mesin, ZDA biasanya mengambil masa sebulan ke 45 hari dan juga bergantung kepada kesediaan bahan.
Kebiasaannya bagi mereka bentuk sesuatu mesin, perbincangan perlu dilakukan di antara ZDA dan pelanggan itu sendiri.
Sememangnya tugas kami untuk memastikan keperluan dan keinginan pelanggan dipenuhi.
Walau bagaimanapun, tidak semua spesifikasi yang diinginkan pelanggan boleh dipenuhi kerana secara teknikalnya pelanggan kurang memahami pergerakan mesin dan konsep yang diketengahkan.
Oleh itu, ZDA berperanan dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar dan ini boleh mengelakkan daripada timbulnya masalah kepada mesin tersebut kelak.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia untuk dibeli oleh mereka yang berminat, sebaliknya bergantung kepada tempahan pengguna.
Dengan cara tersebut, bakal pengguna boleh membuat tempahan berdasarkan keperluan dan kemampuan mereka. pengguna dan mengikut spesifikasi yang di kehendaki.
Oleh itu harga bagi setiap barang keluaran ZDA adalah tidak tetap dan bergantung kepada keperluan dan kehendak pengguna terhadap mesin tersebut.

Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban