Red 1 bantu kurangkan kos operasi nelayan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tertarik melihat Red 1 di Pekan Pahang.
KESUSAHAN hidup yang dilalui oleh Ridzuan Hashim menjadikannya tabah dan sering berfikir mencari sesuatu yang baru bagi mengubah nasib.
Dengan taraf pendidikan setakat darjah enam, Ridzuan akur dia tidak boleh berangan menjadi pegawai atau usahawan sekelip mata, melainkan dengan usaha yang luar yang lebih berbanding orang lain. Itulah yang dilakukannya.
Dia mula dikenali dengan kejayaan mencipta Red 1, sebuah inovasi alat kemudi enjin bot bagi kemudahan nelayan pesisir pantai
Dia mempunyai sebab untuk mencipta alat tersebut memandangkan antara kerjayanya sebelum ini untuk mencari sesuap nasi ialah menjadi nelayan.


Kesusahan hidup juga membawanya bertukar tempat tinggal dan kerja kerana apa yang penting, hidup perlu diteruskan dan rezeki ada di mana-mana.
Ridzuan, 46, keluar meninggalkan kampung halamannya , Simpang Ampat Perlis pada 1979 mengikut keluarganya berpindah ke Muadzam Shah, Pahang dan berada di sana sehingga 1985.
Dia berhijrah ke Langkawi untuk membuka sebuah bengkel membaiki kenderaan pada 1985 yang menerima pelanggan dari hotel di sekitar pulau berkenaan.
Malang mula bertandang apabila pada 1997 kegawatan ekonomi berlaku yang mana perniagaan bengkel kenderaan miliknya turut terkena tempias .
Pelanggan mula berkurang dan tidak lama selepas itu , bengkel berkenaan terpaksa ditutup.
Keperitan yang Ridzuan alami mendorongnya mencari pekerjaan baru bagi menampung hidup.
Ekoran itu, dia terpaksa mengubah haluan daripada bekerja di darat kepada mengharungi laut sebagai nelayan di Kuala Sanglang Kedah.
Tidak kekok berbuat demikian kerana isterinya juga anak keluarga nelayan, tetapi dia tidak perlu ke laut dalam memandangkan kemampuan dan kepakaran yang dimiliki juga terhad.
Tiga tahun sebagai nelayan tidak menjanjikan sesuatu yang indah bagi Ridzuan kerana pendapatan yang diperoleh tidak seberapa.
“Menangkap ikan di pesisir pantai tidak seberapa, keluar ke laut 12 jam setiap hari kadangkala memperoleh pendapatan antara RM50 dan RM70," ujarnya.
Kos petrol pula mencecah RM15 dalam tempoh 12 jam tersebut, tetapi kadangkala jumlah ikan yang ditangkap hanya tiga atau empat kilogram dan tidak berbaloi.
Kerjaya sebagai nelayan rupanya bukan sahaja mempunyai hikmah, malah menjadi titik-tolak atau turning point kepada kejayaannya selepas itu.
Ketika itu Ridzuan hanya menggunakan sejenis alat kemudi bot berasal dari negara jiran yang berharga agak mahal iaitu kira-kira RM4,000 untuk enjin 15 kuasa kuda.
“Kebanyakan nelayan menggunakan alat kemudi bot jenis ini dan memang digunakan sejak dahulu. Saya mahu mengubah suai sendiri alat kemudi ini supaya lebih murah," ujarnya.
“Pada 2000, saya mencuba mereka cipta sendiri di bengkel saya di Langkawi, tetapi tidak begitu menjadi," katanya.
Pada 2008 dia secara kebetulan dapat ditemukan dengan Dr. Zahirin yang ketika itu menjawat jawatan Ketua Teknologi dan Pengkomersialan, Technology Park Malaysia (TPM)
Pada 2010, ketika Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperkenalkan TAP @MOSTI iaitu menghasilkan inovasi untuk disalurkan kepada rakyat, dia mendapat bantuan TPM untuk membangunkan alat kemudian berkenan yang dikenali sebagai RED 1.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban