Cinta dan kelukaan

Kadang kala menyintai dan melupakan adalah sama.
Macam aku mencari arah hidup mencari sipecinta yang menerima aku sebagaimana aku.
Selalu aku terpaksa menduga haty demi sebuah haty.mengenal sifat seseorang yang sebenar memang sukar.sebab manusia suka berpura-pura.
Hari ini aku melepaskan sesuatu demi sesuatu hanya kerana ingin lihat si dia bahgia.sebagaimana mimpi nya dan impian nya.
Bila kita menyayangi seseorang kerana harta maka hanya harta dimatanya..jika kamu tak punya harta,maka sia-sialah segala usaha mu..sebab pada mula penglihatan nya hanya lah harta.
Haty pasti resah bila mengenang insan yang kau sangka indah berubah wajah menjadi hodoh sekelip mata.
Maka cinta mu retak dan terbelah hanya menanti masa untuk terus terlerai menjadi debu.
Itu lah kehidupan cinta yang memandang harta..ia takkan ada ruang untuk kamu..sebab disegenap sudut haty nya hanya dia dan harta.
Tentang cinta.tidak semua yang indah itu kekal.tiada apa yang dirancang itu menjadi seperti apa yang kita gambarkan.
Dalam hidup ini kena belajar erti kesabaran.dimana memang lahiriah manusia itu wujud untuk untuk berjaya dalam dunia.tapi tidak semua impian itu terhasil atau menjadi.
Ada orang hidup atas keluarganya..ada pula yang hidup untuk diri sendiri..
Mungkin perbezaan manusia itu lahir dari keluarga yang kaya ..atau sederhana itu memang banyak perbandingannya..sebab kerana cara hidup..
Jadi memang kehidupan itu sebenarnya adalah cara hidup kita.
Apa yang kita buat sepanjang hidup kita.
Amalan hidup akan menjadi darah daging kita dan keluarga kita.
Benar manusia ini memang selalu melihat dan membandingkan tapi takut kalau dibandingkan.kenapa?
Ego manusia bila ada orang menilainya..
Tapi bagi aku biar lah mencari cinta yang menghargai kewujudan ku.cinta yang menghargai semua perbuatan ku.yang sentiasa mencari aku bila tiada.cinta yang menghargai kewujudan ku.
Tapi memang sukar sebab manusia itu tak pernah sempurna.
Tapi manusia sentiasa mencuba tuk sempurna..
Cinta juga perlukan perhargaan rasa diperlukan.umpama sebuah pepohon cinta yang ditanam kalau ditanam tapi tak dijaga ia akan layu juga..dan akhirnya mati.
Hari ini aku melihat sipecinta yang telah berkahwin dan punya anak-anak.tapi pelik kenapa si isteri tak bahgia.apakah kerana kekurangan kehidupan kah? Bukan kah masa mula nya cinta itu indah tapi kenapa kini cinta dibandingkan dengan harta dunia?
Maka jawapnya..cinta nya makin hilang sebab si suami hanya sibuk dengan kerja dan kawan2.
Cinta tak seindah dulu.
Manusia memang selalu berubah-rubah..
Memang benar lah sekali kita mengajar haty kita untuk memilih dunia maka ia akan jadi cara hidup kita..dan manusia mudah leka kerana dunia.dan terlupa impian sebenarnya..
Kalau lah benar ada cinta yang luhur dan iklas itu..biar lah faham erti menghargai.sebab kalau tanpa sifat menghargai..maka akan lenyaplah setiap kenangan menjadi mimpi semalam.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban