8,670 pengguna layak skim ARWS




















ARSAD BISTARI (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Shahelmey Yahya sambil diperhatikan Jamawi Jaafar (kanan) pada Program Bicara GST di Kota Kinabalu, Sabah, kelmarin.


KOTA KINABALU 16 Nov. - Input dan maklumat kurang tepat tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilihat menjadi punca utama rasa tidak puas hati serta kekeliruan masyarakat terhadap pelaksanaan cukai tersebut. Sebaliknya, Ketua Pemuda UMNO negeri, Yamani Hafez Musa berkata, rakyat perlu mengambil inisiatif memahami pelaksanaan selain mengetahui jenis barang yang tidak dikenakan GST. "Kekeliruan tentang GST ini mungkin dipengaruhi oleh maklumat kurang tepat yang mereka (masyarakat) terima. Selain itu, perkara ini adalah biasa apabila sesuatu perkara baharu mula diperkenalkan kepada masyarakat,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Program Bicara GST anjuran Biro Penerangan Pemuda UMNO negeri dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah, di sini semalam. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO negeri, Ir. Shahelmey Yahya. Yang turut hadir, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar; Timbalan Pengarah Kastam (Bahagian GST) negeri, Madrim Tasan; Ketua Penerangan Pemuda UMNO negeri, Arsad Bistari dan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO negeri, Mohd. Bahrin Abd. Karim dan. Yamani Hafez memberitahu, pihaknya mengakui pengenalan GST bukan satu langkah popular yang disukai rakyat pada waktu ini. Bagaimanapun, jelas beliau, GST merupakan suatu bentuk percukaian kepenggunaan baharu bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diguna pakai ketika ini. Ujarnya, GST yang juga dikenali sebagai Value-Added Tax (VAT) te­lah diguna pakai di lebih 160 negara dan terbukti sebagai satu mekanis­me memperkemas cukai yang le­bih baik, berkesan, cekap, telus serta mesra perniagaan selain meransang pertumbuhan ekonomi dan mening­katkan daya saing dalam pasaran global. “Oleh itu, rakyat terutama kumpulan peniaga dan pengguna perlu menyediakan diri seterusnya memahami secara tepat pelaksanaan GST sebelum dikuatkuasakan pada April 2015,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban