AADK perhebat 
usaha perangi dadah




















ALOR GAJAH 16 Nov. - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) komited dalam memerangi gejala penyalahgunaan dadah dan mahu setiap pihak memberikan kerjasama bagi membendung gejala tersebut dari pada terus merebak dalam kalangan masyarakat di negara ini. Pengarah Pencegahan AADK, Wan Addenan Wan Mohd. Noor berkata, adalah menjadi sasaran utama AADK untuk menghalang gejala dadah dari terus merebak dari semasa ke semasa. “Kita harus memandang perkara ini secara serius, dan kerjasama daripada orang ramai amat diperlukan bagi memudahkan AADK untuk memerangi secara habis-habisan terhadap gejala dadah. “Amat penting untuk kami (AADK) terus menggerakkan kerja bersama pihak berkuasa yang lain bagi membanteras gejala dadah secara habis-habisan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Program Komuniti Gempur Dadah Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, di Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kuala Linggi, di sini baru-baru ini. Hadir sama, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman dan Pengarah AADK Negeri Melaka, Dayang Siti Rohani Sedan. Wan Addenan berkata, mengikut statistik AADK Negeri Melaka dari tahu 2012 sehingga 2013,jumlah kes berkaitan dadah, mencatatkan kenaikan sebanyak 5.76 peratus dan pihaknya mensasarkan dalam tempoh tahun 2014-2015, jumlah kes ini akan berkurangan. “Dari segi statistik, memang jumlah kes mencatatkan kenaikan, namun harus diingat, dengan pelbagai gerak kerja yang dilaksanakan AADK negeri, saya percaya jumlah tersebut akan berkurang dari semasa ke semasa,” katanya. Sementara itu, Mas Ermieyati berharap kerjasama erat antara pihaknya serta AADK negeri, akan dapat mengurangkan jumlah kes berkaitan dadah di dalam kawasan Parlimen Masjid Tanah. “Di DUN Kuala Linggi, saya difahamkan berdasarkan statistik Orang Kena Pengawasan (OKP) yang dikesan ialah seramai 71 orang dan bagi saya, ia adalah angka yang kurang menyenangkan. “Disebabkan itu, amat wajar kita memerangi gejala dadah secara proaktif dan kerjasama orang ramai amat diperlukan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban