Banjir: Semua agensi diarah siap sedia





















JOHOR BAHRU 16 Nov. – Semua agensi berkaitan diarah bersiap sedia dan memberi bantuan segera ekoran banjir yang mula melanda negeri ini khususnya di Batu Pahat petang kelmarin. Mohamed Khaled Nordin Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua pihak termasuk di peringkat negeri dan daerah telah diminta membuat persiapan rapi termasuk menubuhkan bilik gerakan bagi memantau perkembangan dan menyelaras usaha menyelamat dan membantu mangsa. “Pendekatan yang kita guna pakai ialah dengan mengambil kira pengalaman lalu iaitu menggerakkan semua agensi berkaitan. Sebagai contoh, kita telah wujudkan bilik gerakan banjir di daerah-daerah terbabit dengan mengenal pasti kemungkinan dan masalah yang dihadapi oleh mangsa banjir. “Saya yakin kita mempunyai kelengkapan dan keupayaan yang mencukupi untuk menampung segala keperluan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir,” katanya semasa diminta mengulas kejadian banjir di Parit Lapis, Taman Nira dan Kampung Linau, Batu Pahat, lewat petang kelmarin. Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO ditemui selepas menutup Konvensyen UMNO Johor 2014, di sini semalam. Dalam kejadian di Batu Pahat kelmarin, seramai 31 mangsa membabitkan lapan keluarga dipindahkan ke pusat penempatan sementara di Sekolah Agama Bukit Pasir dan Balai Raya Parit Lapis.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban