Nora Danish Harap Hanez Suraya Diberi Peluang
































































Nora Danish Harap Hanez Suraya Diberi Peluang Berhubung kontroversi pelakon Hanez Suraya diganti dengan pelakon lain menerusi telefilem Cikgu Timah Sekolah Bandar, Nora Danish yang turut terlibat dalam telefilem itu agak terkejut dengan berita tersebut.

 Nora yang tidak dimaklumkan mengenai hal itu meluahkan rasa bersalah kerana sebelum ini dia ada memuat naik gambar bersama Hanez dan gambar tersebut dilemparkan dengan komen-komen negatif.

Sewaktu penggambaran pada hari pertama, saya rasa begitu teruja apabila melihat Hanez Suraya. Lagipun saya suka bertanyakan mengenai rahsia kecantikannya kerana dia seorang yang sangat cantik.

 “Saya ada memuat naik gambar bersama Hanez di Instagram dan saya diberitahu oleh kawan pada malam itu bahawa gambar tersebut terlalu banyak komen berunsurkan negatif. Saya pun delete dan block semua komen-komen tersebut.

 “Hari keesokan untuk penggambaran telefilem tersebut, saya terkejut apabila diberitahu saya dikehendaki berlakon semula babak bersama Hanez yang telah digantikan dengan pelakon lain,” katanya yang ditemui pada majlis pengumuman duta Safi Rania Gold di Royale Chulan, Damansara, semalam.

 Tambah Nora lagi, dia ada bertanyakan kepada pihak produksi mengenai hal tersebut dan memberitahu bahawa hal itu bukanlah disebabkan gambar yang dimuat naik olehnya di laman Instagram.

 Penyingkiran Hanez Suraya dalam telefilem tersebut adalah berhubung dengan hashtag #CikguTimahSekolahBandar dilaman Instagram yang menerima terlalu banyak komen-komen berunsurkan tohmahan dan kata-kata negatif.

Sehubungan dengan itu, pihak produksi bimbang jika perkara sebegitu menjejaskan telefilem tersebut.

“Sejujurnya saya rasa Hanez patut diberi peluang. Saya tak nak sentuh tentang masalah peribadinya tetapi kita perlu bantu dia.

 “Kita ni manusia biasa adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita berada di bawah,” kata Nora. #Nora Danish

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban