Pinewood sasar 
pelabur RM1.9b

















Tee Siew Kiong



NUSAJAYA 16 Nov. - Pinewood Iskandar Malaysia Studio (PIMS) menyasarkan untuk menarik produksi antarabangsa melabur sebanyak RM1.9 bilion dan mewujudkan 11,300 peluang pekerjaan bagi tempoh 2013 hingga 2020. Pengerusi Jawatan­kuasa Pelancongan, Per­dagangan dan Ke­penggunaan negeri, Da­tuk Tee Siew Kiong ber­kata, kewujudan ke­mudahan itu berupaya menarik pelabur, syarikat dan profesio­nal untuk menyertai rantaian produksi media. “Kehadiran tenaga pakar dengan teknologi terkini membolehkan berlakunya proses pemindahan teknologi dan ilmu serta kepakaran bagi memperkasa keupayaan bakat serta usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Adham Baba (BN-Pasir Raja) tentang impak industri kreatif kepada pembangunan negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini. Siew Kiong berkata, pemba­ngunan PIMS di negeri ini dapat mewujudkan ekosistem industri kreatif yang kondusif, sekali gus membolehkan harta intelek negara memperoleh pengiktirafan antarabangsa terutamanya dalam bidang perfileman dan televisyen. “Sebagai tambahan, Iskandar Malaysia dan negara ini secara keseluruhan dijangka mempe­roleh manfaat daripada pertambahan ketibaan pelancong yang berbelanja berikutan promosi dan pendedahan menerusi filem antarabangsa,” katanya sambil mengakui industri kreatif merupakan salah satu sektor utama yang dipromosi di Iskandar Malaysia selaras dengan aspirasi kerajaan mempelbagaikan aktiviti ekonomi bernilai tinggi kepada ekonomi negara. Justeru, katanya, PIMS di­ba­ngunkan bagi merealisasikan wawasan kreatif Iskandar Malaysia sebagai destinasi kreatif terbaharu Asia selari dengan dasar dan inisiatif sektor kreatif negara. “Bagi memenuhi aspirasi ber­kenaan, Iskandar Malaysia membangunkan ekosistem yang menyokong PIMS dan sektor kreatif secara ke­seluruhan, antaranya Program Pembangunan Bakat Industri Kreatif Iskandar Malaysia (IMCITDP). “Program itu merupakan usahasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan PIMS bagi memperkasakan kru perfileman Malaysia dengan matlamat melatih 900 orang bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan industri perfileman antarabangsa berskala besar,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban