RM100,000 bina pasar peladang di Kg. Teluk Kerang





















SHAMMODIN ABDUL HALIM (tengah) menyampaikan sumbangan zakat Nafas sambil diperhatikan Abd. Rahim Abu Bakar (dua dari kiri) di Pontian, baru-baru ini. 


 PONTIAN 14 Nov. – Sebuah pasar peladang akan dibina di Kampung Teluk Kerang, dekat sini bagi membantu golongan petani, penternak dan nelayan menjual terus hasil keluaran mereka kepada pengguna. Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Selatan, Abd. Rahim Abu Bakar berkata, kos pembinaan pasar berkenaan sebanyak RM100,000 telah diluluskan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri. “Sejajar dengan usaha meme­rangi orang tengah, mereka yang berminat serta berkemampuan untuk menjalankan perniagaan akan ditawarkan di pasar tersebut kelak,” katanya selepas penyampaian zakat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), di sini kelmarin. Majlis penyampaian zakat kepada 84 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin di PPK Pontian Selatan disempurnakan oleh Pengarah LPP negeri, Shammodin Abdul Halim. Yang turut hadir Pengurus Besar PPK Pontian Selatan, Azahari Abdullah dan Pengerusi Peladang Nita negeri, Zarina Mohd. Bain. Abd. Rahim berkata, pembinaan pasar berkenaan juga bagi meme­nuhi harapan ahli-ahli PPK yang meminta supaya sebuah pusat pertumbuhan ekonomi bahru diwujudkan di kawasan Selatan Pontian. “Dengan kepesatan pembangunan di Projek Pembangunan di Tanjung Bin, diharap dapat memberikan limpahan ekonomi kepada golongan petani, penternak dan nelayan yang selama ini bergantung kepada orang tengah,” katanya. Beliau berkata, diharapkan pasar itu nanti turut menjadi pusat pemasaran buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, pulasan dan duku yang banyak ditanam di kawasan itu. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/rm100-000-bina-pasar-peladang-di-kg-teluk-kerang-1.24805#sthash.WINA1RHg.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban