Sarawak terima RM4.03 bilion


















SYLVESTER ENTRI MURAN 

KUCHING 14 Nov. - Kira-kira RM4.03 bilion telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat khusus untuk membiayai program per­­tanian di negeri ini sejak 2006 hingga tahun ini. Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang) negeri, Datuk Sylvester Entri Muran berkata, setiap tahun, kerajaan Sarawak menerima peruntukan sebanyak RM447.5 juta bagi melaksanakan program berkenaan. “Peruntukan tersebut digunakan bagi membiayai pelbagai program berkaitan dengan sektor tanaman, ternakan, perikanan dan akuakultur, industri asas tani, khidmat sokongan, institusi peladang, penternak dan nelayan serta projek ekonomi khas. “Bantuan terdiri dalam pelbagai bentuk seperti baja, perkakas dan bahan tanaman,” katanya. Beliau menjawab soalan Martin Ben (BN-Kedup) berhubung bentuk subsidi pertanian yang telah diagihkan dan jumlah subsidi tahunan yang diterima oleh Sarawak daripada Kerajaan Pusat dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini. Tambah beliau, semua program berkenaan dilaksanakan oleh 10 agensi di bawah Kerajaan Pusat dan Jabatan Pertanian negeri. Dalam pada itu, beliau memberi­tahu, bagi kawasan DUN Kedup, sebanyak 12 jenis bantuan pertanian telah diagihkan sejak 2006 hingga tahun ini. “Seramai 48,903 peserta mendapat manfaat melalui peruntukan berjumlah RM35.8 juta yang disalurkan menerusi 12 jenis bantuan pertanian yang diagihkan itu,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban