Tingkatkan saiz keluasan tanaman kopi

 

                                                        


















     Radin Malleh

TENOM – Skim insentif khas untuk para pekebun kopi perlu diperkenalkan bagi meningkatkan jumlah saiz keluasan tanaman kopi di negeri ini, termasuk membabitkan kerjasama serta pelaburan sektor swasta. Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Malleh (gambar) berkata, hal demikian kerana jumlah saiz keluasan tanaman itu di negeri ini dilihat menurun saban tahun. “Ini berpunca daripada banyak kawasan tanaman kopis digantikan dengan tanaman-tanaman lain seperti kelapa sawit dan getah. “Mungkin skim insentif khas perlu diperkenalkan bagi meningkatkan jumlah saiz keluasan itu,” katanya ketika berucap sempena majlis pe­rasmian Pesta Kopi Te­nom 2014 dekat sini baru-baru ini. Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Radin memberitahu, berdasarkan maklumat Jabatan Pertanian negeri, jumlah keluasan saiz tanaman kopi di negeri ini pada 2010 ialah sebanyak 2,581.7 hektar berbanding 3,749.4 hektar pada 2005. “Tanaman kopi adalah salah satu tanaman yang utama di Sabah terutamanya di daerah Tenom. Kopi di negeri ini juga sinonim dengan daerah Tenom kerana kebiasaannya apabila orang ramai ingin minum kopi, mereka akan order ‘Kopi Te­nom’. “Oleh yang demikian, Pesta Kopi Tenom bagi kali ini mampu mening­katkan kesedaran rakyat terhadap sejarah, potensi dan peluang dalam industri kopi ini,” katanya. Katanya, kehebatan kopi Tenom juga mengetengahkan daerah ini sebagai salah satu pusat industri kopi yang utama di negara ini. “Pesta kopi ini juga akan me­nyemarakkan minat rakyat terhadap tanaman kopi dan menjadi saluran penjana idea dan inovasi dalam menghasilkan produk berasaskan kopi yang berkualiti tinggi. “Selain itu, Pesta Kopi juga akan merancakkan aktiviti perniagaan serta jualan kedai kopi di sekitar daerah Tenom. Inilah usaha kerajaan untuk menjana pembangunan sosioekonomi di daerah ini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban