Info pergaduhan di wangsawalk.10 suspek ditahan.


Insiden Wangsa Walk: 10 lagi suspek ditahan reman

22 Julai 2015 1:11 AM

KUALA LUMPUR 21 Julai – Polis hari ini menahan 10 lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di pusat beli belah Wangsa Walk, Wangsa Maju di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pe­nangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah yang ditahan setakat ini ialah 21 orang termasuk 11 orang yang ditahan semalam.

Katanya, semua suspek ber­umur antara 15 hingga 29 tahun itu direman sehingga Jumaat ini manakala beberapa suspek lagi sedang dikesan.

“Lima yang cedera dalam insiden itu dilaporkan dalam ke­adaan stabil dan hanya seorang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana cedera parah akibat patah leher,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohamad Roy, pergaduhan di pusat beli-belah tersebut dipercayai berpunca daripada tindakan seorang individu yang cuba menghalang perhubungan adik perempuannya dengan seorang lelaki.

Semalam, polis menafikan pergaduhan antara dua kumpulan yang melibatkan seramai 40 lelaki di pusat beli-belah tersebut adalah pergaduhan kaum.

Kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu telah menjadi viral di laman sosial setelah dikongsi orang awam.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban