Teleinfo - rakyat malaysia

Anak alami jangkitan paru-paru perlu RM19,000

22 Julai 2015 1:21 AM

PARIT BUNTAR 21 Julai – Aidilfitri kali ini tidak ceria buat sepasang suami isteri di Taman Berlian dekat sini apabila bayi mereka yang berusia lima bulan mengalami masalah paru-paru akibat jangkitan Respiratory Synctial Virus (RSV).

Lebih menyedihkan pasangan Mohd. Aizam Hamzah, 32, dan No­ridawati Md. Nor, 38, apabila anak mereka, Muhammad Muaz Mukhriz turut mengalami masalah jantung berlubang dan komplikasi otak akibat dilahirkan pramatang iaitu ketika usia kandungan cuma 26 minggu.

Mereka juga resah kerana kos untuk rawatan Muhammad Muaz Mukhriz mencecah hampir RM19,000 bagi membolehkan anak mereka dibekalkan dengan ubat khas merawat jangkitan RSV.

Dengan pekerjaan sebagai juruteknik kilang, Mohd. Aizam mengakui dia tidak mampu untuk menyediakan kewangan sebesar itu.

"Aidilfitri tahun ini seperti tiada makna. Bukan sahaja bimbang memikirkan kesihatan anak tetapi kos perubatan yang ditetapkan Hospital Taiping berjumlah RM18,617," katanya ketika ditemui di rumah­nya di sini semalam.

Ketika dilahirkan, bayi pasangan itu dilahirkan pramatang dengan berat 922 gram dan terus menerima rawatan komplikasi jantung di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Taiping.

Setelah dua bulan dirawat, ke­adaan kesihatan Muhammad Muaz semakin baik namun tiga minggu lalu, doktor mengesahkan paru-paru bayi itu mempunyai masalah komplikasi kronik yang memerlukan rawatan terapi oksigen.

Menurut Mohd. Aizam, akibat dijangkiti kuman RSV, paru-paru anaknya tidak dapat menyerap oksigen secukupnya.

"Akibat penyakit ini, berat anak kami hanya mencapai 2.6 kilogram dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada susu formula khas sebagai sumber nutrisi makanan.

"Pihak hospital memaklumkan kos perubatan perlu dijelaskan bagi membolehkan ubat khas itu diambil segera oleh anak kami dalam tempoh dua tahun,” katanya.

Orang ramai boleh memberisumbangan menerusi akaun bank MBB 157102604080 atas nama Mohd. Aizam Hamzah atau menghubungi keluarga berkenaan menerusi talian 017-5246153.

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/anak-alami-jangkitan-paru-paru-perlu-rm19-000-1.115683#sthash.Gjq1Fr0V.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban