Posts

Showing posts with the label Info Agroculture

Minat dalam kesenian tanaman bonsai

Image
Minat seni bonsai MENJADI rutin harian Abdul Hakam untuk memangkas pokok bonsainya bagi memastikan ia mengikut gubahan yang diinginkan. KESABARAN seseorang akan teruji tatkala menanti gubahan pokok bonsai yang dihasilkan menjadi tua dan kenit. Namun bagi penggemar seni menggubah pokok dalam pasu, tempoh menunggu yang kadang kala memakan masa belasan tahun itu dikatakan berbaloi dan 'terbayar' tatkala melihat keindahan dan keunikan yang terhasil dari tumbuhan kenit itu. Perkara tersebut diakui oleh Abdul Hakam Mohamed Esivan, 35, yang merupakan antara penggemar seni bonsai dan juga ahli Persatuan Seni Bonsai Malaysia sejak tahun 2008. Anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor itu berkata, mencintai seni bonsai memberinya ketenangan dan kepuasan berganda kerana ilham yang dicetuskan mampu dijual sehingga puluhan ribu ringgit. "Minat terhadap seni bonsai bermula setelah melihat ibu saya menggubah pokok bunga di halaman rumah. Sejak itu, saya cuba menggubah poko

Majoriti setuju penyenaraian FGVH

Image
KUALA LUMPUR 29 Feb. - Cadangan Tawaran Awam Permulaan (IPO) Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) mendapat persetujuan daripada majoriti peneroka selepas mereka diberi kepastian bahawa pemilikan penuh tanah serta faedah-faedah lain tidak diusik. Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, sesi penerangan berhubung perkara tersebut akan dilakukan kepada semua peneroka termasuk anak-anak mereka dan pekerja Felda. "Tanah-tanah yang dimiliki peneroka tidak akan diusik bagi tujuan penyenaraian sebaliknya hanya tanah yang dimiliki oleh Felda Holdings Bhd. pada ketika ini sahaja yang terlibat. "Selain itu, pegangan peneroka di dalam Koperasi Pelaburan Felda (KPF) akan terus kekal tanpa diusik sesiapa dan terdapat satu syarikat yang ditubuh khas (SPV) akan menyalurkan semua hasil daripada cadangan penyenaraian itu terus kepada peneroka Felda. Ia tidak akan melalui KPF sebalik terus daripada syarikat kepada peneroka," katanya dalam sat

Tinggalkan kerja makan gaji - bekal benih

Image
Ismail Abdullah menunjukkan anak ikan puyu dari kolam kuarantin yang sedia untuk dipasarkan. JIKA dahulu beliau bekerja makan gaji di sebuah syarikat elektronik namun kini tidak lagi. Selain mampu tersenyum bangga dengan hasil usaha yang baru mencecah tiga tahun, syarikat Aquaculture Resource Centre (ARC) yang dibangunkan bersama rakan kongsinya kian dikenali ramai sebagai pembekal benih ikan yang berkualiti tinggi. Semuanya bermula apabila hati anak muda bernama Mohd. Hafiz Nordin terdetik untuk terjun ke bidang akuakultur apabila melihat peluang bidang tersebut amat luas selain memiliki permintaan yang tinggi. Baginya bekerja makan gaji di kilang tidak dapat memberi kepuasan sebenar berikutan prestasi sesebuah kilang kadang kala mengikut pasang surutnya ekonomi dunia. "Saya nekad untuk mengusahakan bidang ternakan ikan yang saya lihat mempunyai potensi yang lebih besar daripada kerja makan gaji.

Tips tanam tebu

Image
Industri penanaman tebu penting sebagai sumber gula dan minuman. Keperluan tanaman tebu Tebu sesuai dalam iklim panas seperti cuaca tropika. Taburan hujan melebihi 600 milimeter (mm)/tahun.Tebu sesuai hidup pada tanah subur dan gembur hingga ke tanah jenis liat tetapi perlukan sistem saliran yang baik untuk mengelakkan dari air bertakung. Penanaman Penyediaan tanah * Tanah perlu dibajak dengan bajak piring untuk membalik-balikan tanah untuk menghapuskan rumpai dan menambah bahan organik. Ia diikuti dengan bajak putar untuk menghancurkan tanah untuk mendapatkan tekstur yang gembur.

Laser Metric ukur diameter getah

Image
Chan Xin Zhi (dua dari kanan) sedang melakukan demonstrasi mengukur diameter pokok getah menggunakan Laser Metric kepada pegawai-pegawai RISDA Plantation Sdn. Bhd. di Alor Gajah baru-baru ini. Sekumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya menghasilkan sebuah produk inovasi yang berupaya mengukur diameter pokok dengan pantas dan berketepatan tinggi. Produk yang dikenali sebagai Laser Metric dihasilkan oleh Dr. Muhammad Fahmi Miskon, Muhammad Herman Jamaluddin, Mohd Rusdy Yaacob dan Chan Xin Zhi dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) mendapat perhatian daripada pihak RISDA Plantation Sdn. Bhd. dalam satu sesi demonstrasi yang diadakan di Alor Gajah baru-baru ini.

LGM pacu penyelidikan getah

Image
Klon RRIM 3001 berumur sepuluh tahun di percubaan klon skala besar di LGM. Industri getah lama lama bertapak di negara ini dan tahun ini merupakan permulaan program penanaman semula dan penanaman baru getah di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara NKEA) Getah. Menerusi program tersebut, kerajaan telah mensasarkan penanaman semula 40,000 hektar pokok getah tua setahun secara berterusan manakala penanaman baru sebanyak 30,000 hektar setahun untuk selama lima tahun. NKEA menyasarkan kawasan getah seluas kira-kira 1.2 juta hektar dan Hasil Purata Kebangsaan sebanyak 2,000kg/hektar/tahun menjelang tahun 2020. Jika sasaran tersebut dicapai, Malaysia dijangka dapat menghasilkan dua juta tan lateks menjelang 2020 dan mencukupi bagi menyokong aktiviti-aktiviti hiliran industri getah.

Ikan marin Bitt Soon ke pasaran antarabangsa

Image
IKAN merah bakau merupakan antara spesies yang mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan dan antrabangsa. MINATNYA dalam aktiviti penternakan ikan laut dalam sangkar timbul ketika bertugas di organisasi perusahaan berkaitan dengan bidang itu empat tahun lalu. Ketika itu, Lin Bitt Soon, 30, bekerja memantau bahagian pasaran di syarikat Cergas Intrajaya Sdn. Bhd. yang berpangkalan di daerah Sandakan, Sabah. Melihat komitmen dan kesungguhannya, dia kemudian diberi kepercayaan menguruskan bahagian penternakan kolam di syarikat yang sama. Ini kerana pada tahun 2008, bahagian berkenaan berhadapan dengan masalah pengurusan dan memerlukan sokongan serta penambahbaikan daripada segi operasi pengendalian. Berbekalkan pengalaman yang diperolehi, Bitt Soon menanam azam ingin menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang tersebut secara lebih mendalam. Untuk itu, dia mengambil keputusan melanjutkan pengajian di Institut Skill-Tech di Keningau, Sabah d

Cabaran graduan usahawan tani

Image
Saifuddin Abdullah mencuba salah satu hasil tanaman yang dijual oleh pelajar di Karnival Siswatani 2011, di UPM, Serdang, Selangor baru-baru ini. SEKTOR pertanian di negara ini kebiasaannya hanya dipelopori oleh para petani secara kecil-kecilan malah bidang ini kurang diminati oleh segolongan besar rakyat walaupun ia mampu memberikan pulangan yang amat lumayan. Menyedari kesedaran di kalangan rakyat negara ini kurang didalam bidang pertanian, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Cabaran Siswatani 2011. Disokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), ia berkonsepkan pertandingan yang nyata berdasarkan realiti bidang pertanian sebenar. Menurut Timbalan Pengerusi DPMMS, Zulkifly Ali, tujuan program tersebut adalah untuk mendedahkan pelajar terutamanya di institusi pengajian tinggi (IPT) kepada landskap sebenar tentang perniagaan tani tempatan. "O

Perjanjian majukan sektor pertanian Sabah

Image
Yahya Husin (lima dari kiri) bersama Dr. Maximus Johnity Ongkili (empat dari kiri) bersama Ketua setiausaha MOSTI, Datuk Madinah Mohamad (tiga dari kiri) wakil syarikat yang menandatangani MoA dan MoU bersama Kerajaan Negeri Sabah di Kuala Lumpur, baru-baru ini. SABAH telah dikenal pasti sebagai tapak perintis pelaksanaan beberapa program yang membabitkan kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan kerajaan negeri. Ia termasuk beberapa projek perintis selain projek-projek pertanian yang bakal memberi manfaat kepada penduduk setempat dan rakyat negeri itu. Ekoran itu beberapa memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) telah ditandatangani bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program berkenaan. Ia membabitkan MOSTI menerusi agensi-agensinya yang telah menandatangani MoU dan dua MoA berkenaan dengan Kerajaan Negeri Sabah. Memorandum pertama adalah antara Mimos Berhad (Mimos) dengan Jabatan Pertanian Sabah (JPS) bagi progr

Tanaman kacang soya

Image
Tanaman kacang soya Soybean Scientific classification Kingdom: Plantae (unranked): Angiosperms (unranked): Eudicots (unranked): Rosids Order: Fabales Family: Fabaceae Subfamily: Faboideae Genus: Glycine Species: G. max Binomial name Glycine max ( L. ) Merr. Synonyms [ 1 ] Dolichos soja L. Glycine angustifolia Miq. Glycine gracilis Skvortsov Glycine hispida ( Moench ) Maxim. Glycine soja sensu auct. Phaseolus max L. Soja angustifolia Miq. Soja hispida Moench Soja japonica Savi Soja max ( L. ) Piper Soja soja H.Karst. Soja viridis Savi KACANG soya ( soya bean ) dengan nama saintifik Glycine max dari famili Leguminosae berasal dari Asia Timur tetapi pengeluaran sekarang sebanyak 55 peratus adalah dari Amerika Syarikat. Pokok kacang soya yang matang setinggi 60 sentimeter (sm) akan mengeluarkan bunga berbentuk rama-rama berwarna ungu dan keluar di bawah ketiak daun antara 31 dan 40 hari selepas ditanam

Kursus Tajaan Penyeliaan Ladang

Image
    Pengenalan Kepada Kursus Pelatih akan didedahkan kepada pelbagai aspek pengurusan ladang yang baik. Skop pembelajaran termasuk pengurusan ladang kelapa sawit, getah mahupun tanaman kontan yang lain. Pelatih akan mempelajari cara penyelenggaraan tanaman dan ladang seperti merumpai, mencantas, membaja dan memeriksa kualiti hasil tanaman disamping mempelajari bagaimana menyelenggara stor seperti penyusunan peralatan dan penyimpanan data. Pelatih akan mempelajari teknik-teknik penyelenggaraan pengangkutan ladang, membuat bajet dan perbelanjaan seperti membuat bajet baja dan peralatan untuk kegunaan ladang. Pendedahan juga diberi untuk cara pembaikan infrastruktur ladang seperti melakukan kerja-kerja mekanisasi dan perparitan. Matlamat Kursus Penyeliaan Ladang ini adalah untuk melahirkan pelatih-pelatih yang berwibawa dan berkemampuan membantu mempermudahkan pengurusan sesebuah ladang secara am iaitu termasuk ladang kelapa sawit mahupun tanaman

Bioteknologi

Image
Kursus Tajaan Pengenalan Kepada Kursus Pelatih akan didedahkan kepada dunia bioteknologi yang sedang pesat berkembang dewasa ini. Teknologi tisu kultur antara lain membolehkan pengeluaran benih yang baik dan konsisten yang berupaya mengeluarkan tumbesaran dan hasil tanaman yang bermutu tinggi dengan kos yang efektif. Pelatih akan didedahkan kepada prosedur penggunaan makmal yang sempurna dari pelbagai aspek latihan dan keselamatan. Mereka akan melakukan aktiviti penyediaan sampel dengan mengambil sampel di tapak projek, melakukan pendaftaran sampel dan ujian pada sampel. Mereka juga mempelajari cara melakukan ujian inokulasi, cecair, fizikal dan analisis kimia ke atas sampel-sampel di dalam makmal. Pelatih akan mempelajari cara menyelenggara peralatan makmal dengan  melakukan pemeriksaan pada peralatan dan merekod peralatan. Tahap 2 Khususnya beliau perlu: Mempelajari tentang keselamatan makmal dengan melakukan latihan kesel

Kursus Tajaan Akuakultur (Ikan Air Tawar)

Image
Pengenalan Kepada Kursus Pelatih diberi pendedahan tentang cara-cara pembiakan ikan air tawar, udang dan ikan hiasan. Aktiviti pembelajaran merangkumi penyediaan tangki, kolam dan sangkar ikan, penjagaan kualiti air, kerja-kerja pembiakan ternakan dengan memilih induk, senyawa telur ikan dan tetas telur ikan dan seterusnya menjaga kesihatan, pemakanan dan tumbesaran ternakan. Pelatih juga akan melakukan kerja pengutipan dan pembungkusan hasil dan memasarkan hasil di pasaran. Pelatih di beri penekanan untuk menjadi usahawan pengeluar hasil ikan  secara komersial.   Tahap 2 - Juruteknik Rendah Akuakultur Khususnya beliau perlu: Melakukan kerja- kerja penyediaan tangki, kolam dan sangkar dengan menyediakan tempat induk, tempat ternakan larva, tempat asuhan benih dan tempat ternakan. Menjaga kualiti air dengan melakukan kerja-kerja rawatan air. Melakukan pemindahan dan penebaran ternakan dengan memindahkan induk matang, memindah

Skill-Tech latih tenaga mahir Sabah

Image
ROMBONGAN Wanita UMNO Sabah ketika mengadakan lawatan ke Institut Skill-Tech di Durian Tunggal, Melaka baru-baru ini. DARIPADA segi lokasi, negeri Sabah yang terletak di utara kepulauan Borneo merupakan kawasan yang sangat dinamik dan kaya dengan pelbagai sumber alam semulajadi. Ia termasuk hutan simpan, herba, kepelbagaian flora, pokok balak, tumbuhan, buah-buahan dan sebagainya. Kepelbagaian sumber itu telah memberi kelebihan kepada masyarakat di negeri itu untuk membangunkan industri-industri berkaitannya sekali gus mampu menjana pendapatan lumayan. Bukan setakat itu, ia turut membuka peluang kepada para usahawan untuk meneroka lebih banyak inovasi serta pembaharuan dalam memperluaskan bisnes mereka. Antara bidang perniagaan yang menjadi tumpuan utama para pengusaha adalah industri kecil dan sederhana (IKS). Justeru, dalam usaha menggalak dan membantu golongan berkenaan menyusun strategi secara berkesan, Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) telah

3 syarat eksport sarang burung walet ke China

Image
Noh Omar (dua dari kiri) mendengar penerangan daripada ahli kimia, Cassie Lee (kiri) selepas merasmikan Pusat Dagangan dan Depositori Sarang Burung Autentik 1Malaysia di Puchong, dekat Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 17 Jan. - Mulai tahun ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menetapkan tiga syarat terhadap pengusaha-pengusaha sarang burung walet untuk mengeksport produk tersebut ke China. Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pengusaha terbabit perlu mendapatkan sijil perakuan daripada Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sekali gus melayakkan mereka memperoleh perakuan jenama 1Malaysia Best pada setiap produk tersebut.

Peserta tani perlu jadi peneraju

Image
NOH Omar bersalam dengan sebahagian AJK Pasar Tani Kebangsaan di Shah Alam, semalam. - UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI SHAH ALAM 19 Jan. - Peserta pasar tani digesa menjadi peneraju dalam aktiviti pengeluaran hasil pertanian menerusi pelaksanaan ladang kontrak bagi menampung permintaan pasaran bahan makanan di negara ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, penyertaan tersebut harus diberikan tumpuan oleh para pengusaha pasar tani memandangkan pengeluaran hasil pertanian tidak cukup untuk memenuhi permintaan pasaran semasa, selain berhadapan dengan masalah kenaikan harga bagi hasil tersebut.

Program Jimat Belanja Dapur sepanjang tahun

Image
PUTRAJAYA 20 Jan. - Program `Jimat Belanja Dapur’ di pasar tani anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan diadakan secara berterusan sepanjang tahun. Ketua Pengarah FAMA, Ahmad Ishak berkata, program tersebut mendapat sambutan daripada orang ramai yang ingin mendapatkan barangan dapur pada harga berpatutan di pasar tani. Katanya, sebelum ini, program Jimat Belanja Dapur hanya diadakan ketika musim perayaan dan terhad untuk tempoh tertentu. "Menurut kajian FAMA, orang ramai berpuas hati dengan harga barangan dan bekalan sayur-sayuran segar serta mencukupi di pasar-pasar tani. "Orang ramai yang berbelanja melalui program ini boleh menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM100 sebulan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Jimat Belanja Dapur Fasa Dua di Pasar Tani Presint 2 di sini, hari ini. Ahmad berkata, program fasa kedua itu bermula hari ini di seluruh negara dan berakhir

Peneroka bakal dapat durian runtuh lebih RM500 seorang

Image
Najib Tun Razak bersalaman dengan ahli persatuan Al Wardah Pahang ketika hadir untuk merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan Dan Pendidikan Al Wardah Pahang kali pertama 2012 di Felda Chini Timur, Pekan, semalam. PEKAN 15 Jan.- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peneroka Felda di seluruh negara bakal mendapat durian runtuh selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia pada Jun ini. Menurut Perdana Menteri, ini seperti mana yang beliau nyatakan dalam Bajet 2012 lepas iaitu peneroka Felda akan mendapat durian runtuh. "Jangan bimbang, kita tidak akan rugi dalam penyenaraian tersebut, sebaliknya kita akan mendapat keuntungan lebih besar. "Justeru, saya akan umumkan banyak mana seorang dapat hasil daripada penyenaraian itu pada masa yang sesuai," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang kali pertama di Felda Chini Timur di sini hari ini. Me

Komersialkan tanaman kenaf

Image
Komersialkan tanaman kenaf SEGALANYA bermula pada 1999 apabila penyelidik biokomposit dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jalaludin Harun memperkenalkan kenaf kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang datang merasmikan satu pameran pembinaan. Kagum dengan kenaf yang boleh dijadikan komposit selain mempunyai gentian yang kukuh, Dr. Mahathir meminta agensi kerajaan berkaitan memberi sokongan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjalankan kajian dari segi aktiviti huluan yang akan membolehkan para petani menambah pendapatan mereka. UPM pula diminta membuat kajian terhadap aktiviti hiliran dalam usaha mengkomersialkan produk daripada kenaf. Ekoran itu projek-projek perintis kenaf telah dijalankan malah sesebuah syarikat dari Jepun membuka kilang pengeluaran di Kuantan pada 2004 bagi menghasilkan papan komposit untuk tujuan pembinaan kerana ia didapati kukuh, ringan dan mesra alam.

Baja EM kajian sendiri

Image
Baja EM kajian sendiri Zamani Mohd. Noor kini boleh berbangga dengan kejayaan menghasilkan baja organik sendiri. Bermula dengan hobi berkebun, Zamani Mohd. Noor sentiasa mencari yang terbaik untuk meningkatkan produktiviti tanamannya. Mana saja baja yang dikatakan berkesan pasti dia akan membeli dan mencuba pada tanamannya. Bagaimanapun kesukaran mencari baja yang berkesan, baik serta sesuai bagi pertanian mendorong Zamani menjalankan kajian sendiri. "Memang sukar mencari baja yang menepati keperluan tanaman saya ketika. "Bukan semua baja dapat menyuburkan tanah dan dalam masa yang sama mengelakkan jangkitan pada tanaman," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Wangsa Biz Avenue, Kuala Lumpur baru-baru ini. Biasanya ukuran baja menggunakan rujukan nitrogen, fosforus, kalium atau NPK dan biasanya baja kimia mempunyai nisbah NPK yang tinggi. Bagaimanapun kebanyakan baja yang ada di pasaran seperti tidak mampu mengeluarkan hasil yang tinggi. Malah penggunaan