Program Jimat Belanja Dapur sepanjang tahun


PUTRAJAYA 20 Jan. - Program `Jimat Belanja Dapur’ di pasar tani anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan diadakan secara berterusan sepanjang tahun.
Ketua Pengarah FAMA, Ahmad Ishak berkata, program tersebut mendapat sambutan daripada orang ramai yang ingin mendapatkan barangan dapur pada harga berpatutan di pasar tani.
Katanya, sebelum ini, program Jimat Belanja Dapur hanya diadakan ketika musim perayaan dan terhad untuk tempoh tertentu.
"Menurut kajian FAMA, orang ramai berpuas hati dengan harga barangan dan bekalan sayur-sayuran segar serta mencukupi di pasar-pasar tani.
"Orang ramai yang berbelanja melalui program ini boleh menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM100 sebulan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Jimat Belanja Dapur Fasa Dua di Pasar Tani Presint 2 di sini, hari ini.
Ahmad berkata, program fasa kedua itu bermula hari ini di seluruh negara dan berakhir pada 20 April.
"Kali ini terdapat 200 pasar tani terpilih seluruh negara menyertai program Jimat Belanja Dapur," katanya.
- UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban