Posts

Showing posts with the label Info Niaga

Kursus Tajaan Akuakultur (Ikan Air Tawar)

Image
Pengenalan Kepada Kursus Pelatih diberi pendedahan tentang cara-cara pembiakan ikan air tawar, udang dan ikan hiasan. Aktiviti pembelajaran merangkumi penyediaan tangki, kolam dan sangkar ikan, penjagaan kualiti air, kerja-kerja pembiakan ternakan dengan memilih induk, senyawa telur ikan dan tetas telur ikan dan seterusnya menjaga kesihatan, pemakanan dan tumbesaran ternakan. Pelatih juga akan melakukan kerja pengutipan dan pembungkusan hasil dan memasarkan hasil di pasaran. Pelatih di beri penekanan untuk menjadi usahawan pengeluar hasil ikan  secara komersial.   Tahap 2 - Juruteknik Rendah Akuakultur Khususnya beliau perlu: Melakukan kerja- kerja penyediaan tangki, kolam dan sangkar dengan menyediakan tempat induk, tempat ternakan larva, tempat asuhan benih dan tempat ternakan. Menjaga kualiti air dengan melakukan kerja-kerja rawatan air. Melakukan pemindahan dan penebaran ternakan dengan memindahkan induk matang, memindah

Skill-Tech latih tenaga mahir Sabah

Image
ROMBONGAN Wanita UMNO Sabah ketika mengadakan lawatan ke Institut Skill-Tech di Durian Tunggal, Melaka baru-baru ini. DARIPADA segi lokasi, negeri Sabah yang terletak di utara kepulauan Borneo merupakan kawasan yang sangat dinamik dan kaya dengan pelbagai sumber alam semulajadi. Ia termasuk hutan simpan, herba, kepelbagaian flora, pokok balak, tumbuhan, buah-buahan dan sebagainya. Kepelbagaian sumber itu telah memberi kelebihan kepada masyarakat di negeri itu untuk membangunkan industri-industri berkaitannya sekali gus mampu menjana pendapatan lumayan. Bukan setakat itu, ia turut membuka peluang kepada para usahawan untuk meneroka lebih banyak inovasi serta pembaharuan dalam memperluaskan bisnes mereka. Antara bidang perniagaan yang menjadi tumpuan utama para pengusaha adalah industri kecil dan sederhana (IKS). Justeru, dalam usaha menggalak dan membantu golongan berkenaan menyusun strategi secara berkesan, Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) telah

3 syarat eksport sarang burung walet ke China

Image
Noh Omar (dua dari kiri) mendengar penerangan daripada ahli kimia, Cassie Lee (kiri) selepas merasmikan Pusat Dagangan dan Depositori Sarang Burung Autentik 1Malaysia di Puchong, dekat Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 17 Jan. - Mulai tahun ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menetapkan tiga syarat terhadap pengusaha-pengusaha sarang burung walet untuk mengeksport produk tersebut ke China. Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pengusaha terbabit perlu mendapatkan sijil perakuan daripada Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sekali gus melayakkan mereka memperoleh perakuan jenama 1Malaysia Best pada setiap produk tersebut.

Kereta ASEAN impian Khamil

Image
PENERAJU Kumpulan DRB-HICOM Bhd., Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, mempunyai alasan yang kuat untuk tersenyum lebar pada minggu ini . Beliau gembira bukan hanya kerana berjaya menguasai Proton Holdings Bhd. (Proton) tetapi juga dapat memuktamadkan perjanjian urus niaga itu pada Isnin dalam minggu jatuhnya tarikh hari lahir beliau. ''Menguasai Proton adalah hadiah hari lahir saya,'' kata Mohd Khamil sambil tidak menafikan bahawa kalau masa mampu diubah, beliau ingin sekali memeterainya hari ini (Jumaat) mengambil sempena hari jadinya. Kejayaan besar dan bersejarah itu merealisasikan harapan beliau untuk menempatkan Proton di bawah sayap DRB-HICOM terkabul juga selepas sekian lama ditunggu-tunggu. Penantian yang lama itu sinonim dengan jiwa beliau sebagai ahli korporat yang dikenali di kalangan media sebagai kaki pancing tegar dan peminat fotografi. Sebenarnya, kehadiran semula syarikat pengeluar kereta nasional itu di bawah Kumpulan tersebut selepas

Lupus Proton perjelaskan lagi peranan sebenar kerajaan

Image
http://www.proton.com/ Hicom Industrial Estate Batu Tiga 40918 Shah Alam, Selangor 03-5191-1055 PERKHABARAN semakin hangat bahawa DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom) akan menjadi pemegang saham terbesar dalam Proton Holdings Bhd. (Proton), pengeluar kereta nasional. Kehangatan itu bermula dengan laporan berita yang menyatakan Khazanah bakal melepaskan seluruh pegangannya dalam syarikat pembuat kereta nasional itu. Tindakan Khazanah itu, sebenarnya adalah langkah berterusan sayap pelaburan negara untuk melepaskan pegangan dalam syarikat milik kerajaan sejajar dengan peranan kerajaan dalam perniagaan ataupun GRIB, antara usaha yang ditetapkan dalam Program Transformasi Kerajaan (PTK). Seperti mana dinyatakan sebelumnya, peranan kerajaan dalam perniagaan hanya sebagai pemudah cara apabila sektor swasta memerlukan gandingan kerajaan untuk melabur di dalam sesebuah projek yang membawa keuntungan untuk pendapatan negara kasar. Pelaksanaan perancangan GRIB adalah kaedah yang d

Peneroka bakal dapat durian runtuh lebih RM500 seorang

Image
Najib Tun Razak bersalaman dengan ahli persatuan Al Wardah Pahang ketika hadir untuk merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan Dan Pendidikan Al Wardah Pahang kali pertama 2012 di Felda Chini Timur, Pekan, semalam. PEKAN 15 Jan.- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peneroka Felda di seluruh negara bakal mendapat durian runtuh selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia pada Jun ini. Menurut Perdana Menteri, ini seperti mana yang beliau nyatakan dalam Bajet 2012 lepas iaitu peneroka Felda akan mendapat durian runtuh. "Jangan bimbang, kita tidak akan rugi dalam penyenaraian tersebut, sebaliknya kita akan mendapat keuntungan lebih besar. "Justeru, saya akan umumkan banyak mana seorang dapat hasil daripada penyenaraian itu pada masa yang sesuai," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang kali pertama di Felda Chini Timur di sini hari ini. Me

Cemuhan popularkan KR1M

Image
laporan dari Najib Tun Razak ditemani Ismail Sabri Yaakob (dua dari kiri) dan Ameer Ali Mydin (dua dari kanan) bergambar di hadapan Rakyat Mall selepas merasmikan Pusat Komuniti Bersepadu Perumahan Kampung Pulau Serai dan Perasmian Kedai Rakyat 1Malaysia di Pulau Serai, Pekan, Pahang, semalam. Turut sama Adnan Yaakob (tiga dari kiri). - UTUSAN/ MAHATHIR ALI PEKAN 15 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang tidak menyedari tindakan mereka mencemuh Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menjadi satu publisiti kepada kedai tersebut. Perdana Menteri berkata, ini terbukti apabila sebanyak 27 buah KR1M telah dibuka sehingga hari ini malah, jualan setiap kedai itu lebih RM20,000 sehari. "Saya galakkan mereka untuk terus cemuh dan kritik kedai ini kerana apabila banyak kritik, maka lebih ramai yang akan datang ke situ. "Malah, jumlah kedai KR1M di seluruh Malaysia sudah 27 buah dan keseluruhannya 85 buah akan beroperasi hingga hujung tahun ini," katanya ketik

Malaysia kedudukan teratas Destinasi Percutian Mesra Halal

Image
KUALA LUMPUR 12 Jan. – Malaysia berada pada kedudukan teratas Destinasi Percutian Mesra Halal 2012 dalam kalangan 10 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Menurut laman web portal pengembara beragama Islam yang mementingkan aspek halal, Crescentrating.com, Malaysia menduduki tempat pertama kerana negara ini menawarkan banyak aspek halal kepada pengembara Islam. Tempat kedua disandang Mesir, diikuti Turki, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu, Maghribi, Tunisia, Jordan, Brunei dan Qatar, menurut kajian yang dilakukan portal itu. Crescentrating.com menyatakan bahawa kedudukan itu disusun berdasarkan kepada kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan negara-negara berkenaan kepada pengunjung Islam seperti makanan halal, restoran bersijil halal, kemudahan masjid dan tempat tarikan keluarga. Portal itu turut mengadakan satu kajian mengenai Destinasi Percutian Mesra Halal di kalangan negara-negara bukan anggota OIC pada tahun ini. Mendahului kedudukan teratas

Orang ramai kini boleh memohon membuka KR1M sendiri

Image
KUALA LUMPUR 12 Jan. – Kerajaan menyasarkan membuka sekurang-kurangnya 85 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini, setakat ini, 26 buah KR1M telah beroperasi. Mulai tahun ini juga, orang ramai serta mana-mana perbadanan boleh memohon membuka dan menjalankan perniagaan Kedai Rakyat 1Malaysia mereka sendiri, kata kenyataan itu. Syarat-syarat dan borang permohonan boleh didapati daripada laman web kementerian di alamat www.kpdnkk.gov.my serta di semua cawangan pejabat kementerian itu. Mengenai isu keselamatan produk yang dijual, kenyataan itu menyebut bahawa pihak kementerian telah mengarahkan semua 200 produk makanan di KR1M dihantar untuk pemeriksaan dan semua produk mestilah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan sebelum dijual. – BERNAMA

Genkimo info

pada sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang genkimo bolehlah menghubungi MARDI sendiri tantang genkimo atau produk lain yang tersedia di MARDI Hubungi MARDI Peta Lokasi - Peta Jalan Ke Ibu Pejabat MARDI - Peta Stesen - Peta Ibu Pejabat MARDI Pertanyaan, Aduan Pelanggan & Komen Alamat Perhubungan Alamat Ibu Pejabat: Ibu Pejabat MARDI Persiaran MARDI-UPM 43400 Serdang Selangor Untuk Pertanyaan: Telefon : 603-8943 7111 Faks : 603-8948 3664 Alamat Surat Menyurat: Ibu Pejabat MARDI Peti Surat 12301 Pejabat Besar Pos 50774 Kuala Lumpur Laman Web: http://www.mardi.gov.my PANDUAN PENGGUNAAN SMS MARDI 019-980 7111 Sebelum pertanyaan/aduan dihantar untuk pertama kali , pengguna dikehendaki mendaftar dahulu seperti di bawah : REG: dan SMS KE NO: 0199807111 * SMS kepada pelanggan untuk pendaftaran yang diterima : From: MARDI SMS Subj: Daftar Berjaya Terima Kasih atas pendaftaran anda. Sekarang, anda bole

Ternak burung unta lumayan

Image
Ternak burung unta lumayan     Ostrich From Wikipedia, the free encyclopedia     BURUNG unta atau Struthio camelus berasal dari benua Afrika dan tergolong dalam order Ratitae iaitu burung yang tidak boleh terbang. Burung berkenaan tergolong dalam keluarga yang sama dengan burung kasuari, emu, rhea dan kiwi. Dalam sejarah perkembangan manusia, burung unta mula diternak secara komersial pada tahun 1860 di Afrika Selatan dengan matlamat utamanya untuk penghasilan bulu. Setelah mengalami beberapa kali kemerosotan dan pemulihan, pada tahun 1945 industri moden burung unta mula berkembang. Selain bulunya, daging dan kulit merupakan teras utama industri. Di Malaysia, sebilangan besar burung unta mula diimport pada tahun 1994 dan kini terdapat lebih 35 tempat pemeliharaan burung unta di seluruh negara. Daging burung unta kian popular di kalangan pengguna dan mudah diperoleh terutama di restoran dan hotel ternama. Baka burung unta Terdapat tiga jenis baka iaitu baka South African B

Snek biji rambutan

Image
Snek biji rambutan ??? Mohamad Azli Razali menunjukkan snek biji rambutan serta pingat yang dimenanginya.  Bermula daripada tergigit biji rambutan secara tidak sengaja, seorang penyelidik Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya menghasilkan snek berkhasiat daripada biji rambutan. Snek yang dipanggil Rambuseed Florentine menggunakan 40 peratus biji rambutan yang telah dikeringkan sebagai bahan utama. Penyelidik terbabit, Mohamad Azli Razali yang merupakan pensyarah di Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan menyatakan bahawa Florentine adalah sejenis manisan yang berasal dari Itali. Manisan tersebut terdiri daripada pelbagai jenis kacang seperti badam, walnut dan hazel dan disaluti dengan gula karamel. Beliau yang juga merupakan juara pertandingan realiti memasak "Maggi Mencari Bintang" telah mengadaptasi makanan Itali tersebut mengikut selera tempatan. Keunikan produk ini adalah ia menggunakan bahan terbuang. Ini kerana kebiasaannya biji ramb

Rahsia ladang ayam tanpa bau

Image
Rahsia ladang ayam tanpa bau Ayam yang dipelihara kelihatan sihat yang dapat dilihat daripada bulunya berkilat dan bersinar. APABILA menjejakkan kaki ke ladang ayam Titian Has Enterprise terasa seperti bukan di ladang ternakan. Tiada langsung bau busuk. Yang ada hanya bau habuk kayu yang digunakan sebagai lapisan dalam reban dan dua tiga ekor lalat berterbangan. Bukan itu saja, ayam yang dipelihara kelihatan sihat yang dapat dilihat daripada bulunya yang berkilat dan bersinar. Jika selama ini ladang ternakan ayam sinonim dengan pencemaran bau dan alam sekitar tapi ia tidak berlaku di Titian Has Enterprise. "Sekarang ramai penternak ayam datang meminta saya berkongsi 'rahsia' bagaimana ladang ternakan boleh didirikan berhampiran rumah kediaman," kata pemilik Titian Has, Hashim Abd. Rahman semasa ditemui di ladang ternakan ayam dan kambing miliknya di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang, Selangor, baru-baru ini. Tidak lokek berkongsi rahsia, Has

Mata wang kertas masih perlu

Mata wang kertas masih perlu KUALA LUMPUR 17 Jan. - Negara Islam perlu terus menggunakan mata wang kertas dan bukan dinar emas memandangkan sejarah menunjukkan sistem duit syiling boleh meningkatkan kadar faedah, dan inflasi sukar dikawal. Profesor Sejarah Ekonomi Perbandingan di Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan dalam Kewangan Islam (INCEIF), Dr. Murat Cizakca berkata, wang sepatutnya berperanan sebagai medium tukaran, bukan komoditi. "Kita perlu terus menggunakan mata wang kertas, dan bank-bank pusat yang mengawal mata wang kertas wajar mempunyai autonomi penuh," katanya. Cizakca berkata demikian dalam syarahan umum bertajuk 'Dinar Emas Islam: Mitos dan Realiti' anjuran Persatuan Profesional Kewangan Islam Berkanun dan INCEIF di sini hari ini. Beliau berkata, bekalan emas didominasi oleh negara bukan Islam. "Dinar emas akan terdedah kepada spekulasi memandangkan harga emas juga turun dan naik. "Oleh itu, negara Islam wajar terus menggunakan

Harga minyak masak tidak akan naik

Image
Harga minyak masak tidak naik, bekalan mencukupi PETALING JAYA 3 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini. Timbalan menteri kementerian berkenaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai. Beliau berkata, kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan. "Minyak memang mencukupi untuk negara kita. Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin sebegini. "Kabinet belum mencadangkan untuk menaikkan harga (minyak masak), jadi tidak akan ada kenaikan harga buat masa ini melainkan ditentukan oleh Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas melawat Tesco Mutiara Damansara di sini, hari ini. Minyak masak adalah sa