Posts

Showing posts with the label Suara Rakyat

RM2j untuk yayasan Kemas

Image
NAJIB Tun Razak bersalaman dengan bekas-bekas anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Esah Mustafa, 71; Mesiah Ahmad, 62, dan Syed Abdul Wahab Syed Abdul Rahman, 64, semasa tiba pada Majlis Penyampaian Bayaran Khas kepada Bekas Anggota Kemas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam tadi. - BERNAMA KUALA LUMPUR 8 Feb. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi menubuhkan Yayasan Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas). Pengumuman itu dibuat pada majlis perjumpaan dan penyampaian bantuan khas kepada 2,500 kumpulan pertama bekas kakitangan kontrak Kemas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Pada majlis itu, bekas kakitangan kontrak tersebut menerima durian runtuh sebanyak RM3,000 seorang daripada kerajaan sebagai menghargai sumbangan mereka yang telah berkhidmat lebih lima tahun. Ganjaran itu disampaikan dalam bentuk replika cek kepada pengerusi persatuan bekas anggota Kemas

migrasi aset LAP-PAAB libatkan aset RM999.2j

Image
KUALA KANGSAR 9 Feb. — Perjanjian migrasi aset Lembaga Air Perak (LAP) dengan syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan melibatkan nilai aset sebanyak RM999.2 juta apabila ia dilaksanakan tidak lama lagi. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memindahkan pinjaman dan aset kepada PAAB serta mendapatkan pinjaman bagi projek baru daripada agensi itu berikutan penstrukturan semula industri air negara. "Kerajaan negeri dan Persekutuan akan menandatangani perjanjian pemindahan (aset) dan pinjaman tidak lama lagi...melalui pemindahan pinjaman tersebut LAP masih memiliki aset bekalan air berjumlah RM408 juta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Penapisan Tebing Sungai Loji Rawatan Air Kota Lama Kiri di sini hari ini. Zambry yang juga Pengerusi LAP berkata, melalui perjanjian tersebut PAAB akan mengambil alih sebahagian daripada aset LAP yang merupakan aset pengurusan yang sebelum ini diuruskan L

Kerajaan selangor masih berhutang subsidi air

Image
SHAH ALAM 9 Feb. — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali Datuk Mohd Isa Abu Kassim hari ini mendakwa kerajaan negeri Selangor gagal menunaikan janjinya kepada rakyat apabila ia berhutang subsidi air percuma kepada penghuni-penghuni unit pangsapuri dan kondominium di seluruh negeri ini. Beliau mendakwa, terdapat 765 blok kondominium dan 643 blok pangsapuri di seluruh Selangor yang belum menikmati subsidi air percuma kerana mereka masih menggunakan meter air pukal dan bukannya meter individu. ADUN (BN) itu, yang dipertanggungjawabkan memantau isu air di negeri ini, berkata jika semua penghuni kondominium dan pangsapuri menukar kepada meter individu, akan berlaku pertambahan sebanyak 350,000 akaun baru bagi meter individu di negeri ini. Walaupun kerajaan negeri mengeluarkan kupon kepada penghuni pangsapuri yang masih menggunakan meter pukal, hanya 35,000 orang sahaja yang mendapat kupon bagi subsidi air percuma setakat ini, dakwanya pada sidang media di sini. — BERNAMA

1,412 penuntut terima sumbangan RM353,000

Image
TANAH MERAH 25 Jan. - UMNO Tanah Merah terus mendekati rakyat apabila menyampaikan sumbangan bernilai RM353,000 kepada 1,412 penuntut pusat pengajian tinggi yang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD), sarjana dan sarjana muda pada satu majlis di sini, semalam. Majlis penyampaian sumbangan duit poket dan cenderamata khas itu dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (Permata) dan disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz. Turut hadir Timbalan Ketua UMNO bahagian, Baharuddin Yusoff dan Presiden Permata, Wan Alimin Wan Zain. Ikmal Hisham berkata, setiap pelajar menerima sumbangan RM250 termasuk duit poket RM50, sebuah pemain cakera padat (CD) berjenama serta sebuah beg galas. Menurutnya, sumbangan tersebut sebagai penghargaan di atas kejayaan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. "Sumbangan ini juga diharap dapat menyuntik semangat pelajar berkenaan untuk meneruskan kejayaan, selain menjadi pembak

Ribut - Pokok tumbang, rumah rosak

Image
POKOK tumbang menimpa sebuah kereta dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat di Taman Desa, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF KUALA LUMPUR 25 Jan. – Hujan lebat serta angin kencang yang melanda beberapa kawasan di ibu negara petang ini mengakibatkan beberapa kejadian pokok tumbang dan kerosakan rumah termasuk bumbung diterbangkan angin. Antara kawasan yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu adalah Taman Desa, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, PPR Sri Cempaka dan PPR Seri Indah di Pantai Dalam. Kawasan yang paling teruk dilanda ribut dikesan di Jalan Desa Utama apabila banyak pokok tumbang di sepanjang jalan tersebut. Beberapa kenderaan turut mengalami kerosakan akibat dihempap pokok yang tumbang. Sepasukan anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengalihkan pokok-pokok yang tumbang. Tinjauan Utusan Malaysia di Blok E, PPR Sri Cempaka malam ini mendapati se

Selesaikan segera isu sampah

Image
SEORANG pekerja restoran terpaksa menutup hidung untuk mengelak bau busuk sampah di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. SELAIN masalah sosial membabitkan kewujudan rumah urut berleluasa dan penjualan arak secara terbuka, isu sampah kini dikatakan turut mencalar kredibiliti kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. Bagi penduduk setempat, apa yang berlaku itu menunjukkan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik. Timbul juga persoalan, walaupun banyak aduan terhadap masalah tersebut dibuat, namun tiada penyelesaian konkrit diambil pihak terbabit. Sekiranya ia melibatkan masalah antara kontraktor dan kerajaan negeri, mengapa pula rakyat yang terpaksa menerima kesannya!

Melaka bayar pampasan RM7.7 juta ambil alih syarikat bas henti-henti

Image
MELAKA 26 Jan. - Kerajaan negeri Melaka akan mengambil alih pengurusan bas henti-henti bermula 1 Februari depan setelah membayar pampasan bernilai RM7.7 juta kepada 10 syarikat bas henti-henti di negeri itu, hari ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bayaran pampasan itu melibatkan 110 bas berjumlah RM5.4 juta, 118 pekerja berjumlah RM1.8 juta serta ganti rugi tambahan kepada keseluruhan syarikat tersebut berjumlah RM500,000. "Kita berharap transformasi ini dapat memperbaiki sistem pengangkutan awam serta menyediakan perkhidmatan terbaik kepada warga Melaka yang menggunakan perkhidmatan bas henti-henti walaupun (kerajaan Melaka) terpaksa menanggung kerugian akibat pengambilalihan ini,” katanya. Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Panorama Melaka Cultural and Tourism (PMCT) Sdn Bhd dan 10 pengusaha syarikat bas henti-henti di negeri itu di sini. — BERNAMA

Pengurusan tidak amanah punca kegagalan koperasi - Tun Mahathir

Image
26/01/2012 4:23pm ALOR SETAR 26 Jan. - Sikap tidak amanah anggota atau pihak pengurusan menjadi punca utama kegagalan perniagaan berkonsepkan koperasi di negara ini, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. "Saya difahamkan ada lebih 8,000 koperasi di negara ini tapi hanya 20 peratus daripadanya yang dapat menjalankan perniagaan dengan cara yang baik. "Kalau ada koperasi tidak berjaya, bila diselidik ada masalah tadi (tidak amanah). Apabila terima tanggungjawab, hendaklah tunaikan dengan sempurna,” katanya pada sesi Bicara Tokoh bersama beliau sempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2012 di sini hari ini. Beliau berkata, amat sukar untuk mencari individu yang benar-benar jujur kerana ramai yang tidak amanah dan gelap mata apabila berurusan dengan wang. Katanya, dalam aspek pengurusan wang, perlu ada kecekapan dalam kalangan pihak pengurusan serta anggota koperasi kerana ia akan menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Dr. Mahathir berkata, perniagaan ber

PEMBAYARAN BR1M SECARA BERPERINGKAT!!

Image
Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) tidak perlu panik dan bimbang jika masih belum menerima pembayaran tersebut kerana pembayaran itu dibuat secara berperingkat-peringkat, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata di Negeri Sembilan proses pembayaran BRIM bermula 15 Jan lepas dan pembayaran tersebut dimulakan di peringkat negeri serta juga semua Dewan Undangan Negeri (DUN). “Pembayaran ini merupakan fasa pertama bagi mereka yang menghantar borang BRIM pada 10 Dis sehingga 27 Dis. Di Negeri Sembilan untuk fasa pertama ini sejumlah 55,000 borang yang diproses dan telah diluluskan pembayarannya di mana setiap seorang menerima RM500,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu. Katanya sebanyak 168,000 borang BRIM telah dihantar dan masih belum diproses lagi manakala pembayarannya akan dibuat secara berperingkat-peringkat. “Kita kini sedang membuat pembayaran peringkat pertama. Jadi, jangan pula ada pemohon yang panik menyatakan d

Perkeso nafi lambat selesai tuntutan

Image
LIM Yu Tian (kiri) menerima cek pampasan daripada Chris Lee Ching Yong sambil diperhatikan oleh Jamalluddin Mohamad di Muar, Johor, baru-baru ini. MUAR 25 Jan. - Dakwaan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini tidak bersikap adil dan sukar untuk berurusan semasa membuat tuntutan pampasan adalah tidak benar sama sekali. Pegawai Khas Menteri Besar, Chris Lee Ching Yong berkata, pihaknya ada menerima aduan mengenai dakwaan itu tetapi ia merupakan kes terpencil kerana terdapat maklumat yang tidak tepat dan palsu. "Dalam beberapa kes terdahulu terdapat sebahagiannya sukar membuat tuntutan kerana didapati mengandungi maklumat tidak tepat dan berunsur penipuan. Keadaan ini menyebabkan urusan tuntutan pampasan menjadi lewat sehingga membebankan kehidupan mereka sendiri. "Saya ingin menasihati orang ramai yang ingin membuat tuntutan supaya memberikan maklumat yang tepat dan bersikap jujur," katanya kepada pemberita selepas menyamp

15,000 orang terima RM7.5 juta

Image
Chor Chee Heung (kiri) dan Ahmad Bashah Md. Hanipah mendekati rakyat yang menerima wang bantuan BR1M di Anak Bukit, Alor Setar, semalam. ALOR SETAR 25 Jan. – Kerajaan Persekutuan telah mengagihkan sejumlah RM7.5 juta wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada seramai 15,000 penerima di negeri ini sejak 16 Januari lalu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, proses penyerahan sebanyak RM500 kepada 350,000 keseluruhan penerima yang layak di Kedah sedang berjalan di setiap peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga pertengahan Mac ini. “Setiap hari, enam DUN membuat penyerahan wang bantuan berkenaan dengan setiap satu melibatkan kira-kira 1,000 penerima. “Berdasarkan maklumat daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan, 15,000 penerima di negeri ini telah mendapat wang berkenaan sehingga kini,” katanya selepas majlis penyerahan BR1M kepada penduduk dalam DUN Kota Darul Aman di Dewan Serbaguna Kompleks Mu’adzam Shah, di sini, hari ini. Ha

PUNCA WHY RAKYAT TAK SUKA KERAJAAN

ini adalah kajian aku sendiri.yang baru aku kenal pasti. setelah on request aku pun wat check out jabatan-jabatan yang konon nya terlalu advance or ict improve lah sangat . rupa-rupanya jabatan-jabatan ni pemalas-tak ada unit i.t or live admin. ruangan kerja kosong dia tak pernah update lah?? apa ker lembab korang ni.. please update lah ..kepergunaan agent pencari kerja kosong bagi lepasan pelajar mmg tak boleh diguna pakai.sbb banyak complaint ttg charge services yang mahal.ini mungkin salah satu sbb why anak muda mmg tak suka dengan kerajaan.kerana tiada pemantauan.yang diatas hanya tau mengarah pada yang bawah.tapi apakah yang dibawah tu buat kerja?? adoi..

Program Jimat Belanja Dapur sepanjang tahun

Image
PUTRAJAYA 20 Jan. - Program `Jimat Belanja Dapur’ di pasar tani anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan diadakan secara berterusan sepanjang tahun. Ketua Pengarah FAMA, Ahmad Ishak berkata, program tersebut mendapat sambutan daripada orang ramai yang ingin mendapatkan barangan dapur pada harga berpatutan di pasar tani. Katanya, sebelum ini, program Jimat Belanja Dapur hanya diadakan ketika musim perayaan dan terhad untuk tempoh tertentu. "Menurut kajian FAMA, orang ramai berpuas hati dengan harga barangan dan bekalan sayur-sayuran segar serta mencukupi di pasar-pasar tani. "Orang ramai yang berbelanja melalui program ini boleh menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM100 sebulan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Jimat Belanja Dapur Fasa Dua di Pasar Tani Presint 2 di sini, hari ini. Ahmad berkata, program fasa kedua itu bermula hari ini di seluruh negara dan berakhir

RM2.5 juta bina SMJK Chong Hwa

Image
              KUALA LUMPUR 20 Jan. – Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chong Hwa Jalan Gombak di sini bagi pembinaan bangunan baru sekolah tersebut. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah meluluskan model pembangunan projek bagi menggantikan bangunan sekolah yang sudah lama. “Peruntukan yang diberikan itu merupakan sebahagian daripada sumbangan kerajaan melalui Belanjawan 2012 untuk sekolah jenis kebangsaan Cina. “Sebagai Ah Jib Gor (abang), saya nak beri angpau kepada sekolah ini sebagai sumbangan ikhlas kepada rakyat,” katanya semasa melawat sekolah berkenaan dalam Program Turun Padang ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini. Turut mengiringi beliau ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Timbalannya, Datuk M. Saravanan; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka S

Kampung Puah kekal kampung tradisi - Perdana Menteri

Image
KUALA LUMPUR 20 Jan. - Kerajaan memberi jaminan akan mempertahankan status Kampung Puah yang terletak di Jalan Gombak di sini sebagai sebuah perkampungan tradisi Melayu yang akan kekal selamanya di tengah bandar. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan sewajarnya akan diambil kerana kerajaan amat memahami isi hati penduduk yang bimbang kehilangan identiti kampung itu kesan pembangunan yang rancak di sekitarnya. Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk berunding dengan syarikat pemaju iaitu Aamin Development Sdn. Bhd. supaya pelan pembangunan yang dilakukan di situ mengambil kira isi hati penduduk di situ. "Saya faham isi hati penduduk di sini yang ingin merasa kehidupan di dalam perkampungan tradisi di tengah-tengah bandar dan saya pun faham ini boleh menjadi daya tarikan kepada pelancong. "Tak usah panjang cerita, saya minta Datuk R

Baiki Jalan Jabor-Kota Bharu

Image
KUALA TERENGGANU 12 Dis. - Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) mendesak Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu dan Kelantan membaiki segera jalan rosak dari Jabor melalui Bukit Besi, Ajil sehingga Kota Bharu demi keselamatan pengguna. Presidennya, Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada pengguna kerana keadaan jalan berkenaan yang kini semakin teruk. Katanya, ramai pengguna mengemukakan aduan kepada cawangan PPPM di Kelantan dan Terengganu kerana tidak berpuas hati setelah mendapati jalan berkenaan mengalami kerosakan teruk yang dibimbangi boleh mengancam keselamatan mereka. Menurutnya, berdasarkan aduan, terdapat banyak lubang sehingga sedalam 15 sentimer selain lopak berair setiap kali selepas hujan, bermula dari Jabor menghala Bukit Besi, Dungun. "Begitu juga laluan ke Kota Bharu di mana jalan juga berlubang di sana sini. Banyak kenderaan mengalami kerosakan dan ada yang terbabas selepas terlanggar lubang. "Kita amat