Posts

Showing posts with the label info politik

UMNO Pulau Pinang tidak setuju tindakan Perkasa GEORGETOWN

Image
UMNO Pulau Pinang tidak setuju tindakan Perkasa GEORGETOWN 14 Mei - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, tindakan ahli-ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang berhimpun di hadapan kediaman Ketua Menteri, Lim Guan Eng Khamis lepas adalah sesuatu yang tidak diiktiraf dan tidak dipersetujui oleh UMNO negeri. UMNO dan Perkasa adalah berbeza kerana UMNO adalah parti politik dan Perkasa adalah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow. Zainal Abidin berkata berpolitik ada hadnya dan UMNO tidak bersetuju jika keluarga dan kediaman dicerobohi, sambil menyifatkan ia adalah sesuatu yang di luar batas-batas politik yang tidak dipersetujui oleh BN. Katanya tindakan Perkasa boleh menjejaskan imej UMNO dan mengelirukan rakyat kerana parti itu seringkali dikaitkan dengan kumpulan pendes

Najib lancar rakan Barisan Nasional UK

Image
LONDON 14 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Rakan Barisan Nasional (BN) UK yang akan bergerak aktif menggalakkan hubungan rapat dengan United Kingdom dan menyebarkan maklumat yang tepat, tepat masa dan boleh dipercayai kepada warga Malaysia di negara ini. Beliau berharap kumpulan unik ini dapat menangani isu-isu. "Banyak perubahan yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kami mahu memastikan anda dapat tahu mengenainya. Ekonomi kita telah diliberalisasikan, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kekayaan di kalangan rakyat biasa di Malaysia," kata Najib yang tiba di sini pagi ini bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, untuk lawatan kerja dua hari. Mesejnya kepada rakyat Malaysia di UK ialah, “sila berhubung lebih rapat dengan Malaysia dan memainkan peranan besar dalam pembangunan negara, sama ada dengan balik ke tanahair - kurang bercita-cita besar tetapi tidak kurang pentingnya - dengan be

Dakwaan skandal seks: Khalid Ibrahim perlu tampil beri kenyataan

Image
KUALA LUMPUR 14 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tampil menyatakan pendiriannya berhubung dakwaan skandal seks Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali. Ketua Penerangannya, Ruslan Kasim berkata, tindakan Abdul Khalid yang terus membisu menjadi persoalan sama ada beliau mengamalkan pilih kasih terhadap kes yang melibatkan pemimpin PKR . "Adakah 'status pemimpin' dalam PKR akan diberi imuniti apabila terlibat dalam sebarang skandal seks dan salah laku? Adakah Azmin juga akan diberi imuniti yang sama seperti Anwar dan Elizabeth Wong yang sebelum ini turut terlibat dengan isu skandal seks?. "Sebagai seorang pemimpin, Abdul Khalid sepatutnya membuat kenyataan mengenai tindakan disiplin terhadap ahli Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang terlibat dalam skandal yang boleh mempertikaikan kewibawaannya,"

UMNO tidak boleh dikaitkan dengan Perkasa

Image
PULAU PINANG 14 Mei - UMNO tidak boleh dikaitkan dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana parti itu tidak mempunyai kuasa atau hak untuk mengawal pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihak tertentu tidak patut menuduh UMNO berada di belakang setiap aktiviti atau program yang dijalankan oleh Perkasa. Selain itu menurutnya, tidak semua yang dilakukan oleh Perkasa dipersetujui oleh UMNO. “Perkasa adalah Perkasa, UMNO adalah UMNO. UMNO parti politik manakala Perkasa adalah NGO yang tidak dapat kita kawal," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa penyelaras Barisan Nasional (BN) negeri di sini hari ini. Beliau mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan UMNO dengan tindakan kira-kira 30 ahli Perkasa yang meletakkan gambar Ketua Menteri, Lim Guan Eng dikalungkan bunga di dua tempat di bandar ini Khamis lalu. Ia seba

Wan Azizah boleh jawab rayuan Anwar

Image
          KUALA LUMPUR 14 Mei - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merupakan saksi utama dalam isu rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai UMNO semula melalui bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, isteri kepada Penasihat PKR itu telah pergi bertemu sendiri Abdullah di pejabat Perdana Menteri suatu ketika dahulu bagi menyatakan hasrat yang sama. ''Saya yang membawa Wan Azizah dan tiga anaknya 'panjat' pejabat Perdana Menteri itu. Kejadian itu ketika Anwar masih di dalam penjara dan pada waktu itu juga Abdullah baru menjadi Perdana Menteri. ''Wan Azizah ketika itu merayu sampai menitiskan air mata. Anda boleh tanya Wan Azizah perkara ini betul atau tidak, kalau dia kata bohong, saya sanggup sumpah di mana-mana sahaja masjid atau surau,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah ke

kebenaran Tunku Abdul Aziz keluar DAP

Image
KUALA LUMPUR 14 Mei - Pemimpin Melayu DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang dikecam hebat pembangkang kerana mengkritik perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu, hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta. Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi lewat malam ini, beliau berkata, adalah lebih elok dia melepaskan jawatan Naib Pengerusi parti kerana tidak mahu perbalahannya dengan pemimpin DAP lain berlarutan. "Ya, benar saya telah tinggalkan parti. Saya mengalami masalah dengan DAP dan tidak mahu memanjangkan masalah ini lagi. "Puncanya adalah Bersih 3.0. Saya tidak menyokongnya kerana ia adalah perhimpunan haram," katanya. Tunku Abdul Aziz bagaimanapun berkata, beliau tidak bercadang menyertai mana-mana parti seperti yang didakwa sesetengah pihak. Related Posts :Info politik

PRU-13: BN mampu capai keputusan lebih baik - Dr. M

Image
        KUALA LUMPUR 14 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mampu mencapai kejayaan lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 berbanding pada 2008. Menurut beliau, ini berdasarkan petanda-petanda baik khususnya sokongan rakyat terhadap kepimpinan Najib dan BN. Namun, jelasnya, ia bergantung kepada Najib mencari tarikh sesuai untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan BN mencapai objektif mendapatkan sokongan majoriti dua pertiga. ''Sudah tentu beliau mahu mencapai majoriti dua pertiga. Saya juga berpendapat beliau akan dapat melakukan yang terbaik berbanding pilihan raya umum lalu,'' katanya selepas menghadiri pelancaran Ikon Membaca Kebangsaan dan Penyemarakan Kempen Nilai-Nilai Murni 1Malaysia di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini hari ini. Pada majlis yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu

SPR sudah bersiap sedia

Image
SHAH ALAM 14 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersiap sedia dengan segala kelengkapan untuk menguruskan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sekiranya Parlimen dibubarkan dalam bulan ini. Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ( gambar ) berkata, meskipun program penerangan kepada petugas di seluruh peringkat sedang berjalan manakala taklimat Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) hanya akan berakhir pada pertengahan Jun ini, SPR tetap bersedia melaksanakan proses pilihan raya umum. ''SPR merancang persiapan pilihan raya sudah lama seperti program taklimat, proses penghantaran logistik, tempahan perolehan dan jadual pegawai-pegawai kita padat, mereka berada di lapangan untuk mengadakan taklimat di seluruh peringkat. Related Posts :Info politik

BN Melaka kemuka - muka baru

Image
PRU-13: BN Melaka kemuka 30% muka baru MELAKA 15 Mei - Barisan Nasional (BN) Melaka menyenaraikan 30 peratus muka baru untuk bertanding di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13. Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata perkara itu adalah amalan lazim BN Melaka pada pilihan raya umum. Senarai nama calon terbabit telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk diperhalusi, katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Panasonic Industrial Devices Semiconductor (M) Sdn BHd, di Batu Berendam, di sini hari ini. Mengulas mengenai tindakan Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meninggalkan parti terbabit selepas dikecam pemimpin DAP susulan kenyataannya berhubung perhimpunan pada 28 April lepas, beliau berkata itu adalah tindakan wajar. Mohd Ali yang juga Naib Presiden UMNO, berkata tindakan Abdul Aziz membuktikan DAP parti kuku besi yang tidak membenarkan anggotanya mempunyai pandangan sendiri. Dalam perkembangan lai

Saidin Thamby dibenar guna semula gelaran (Datuk)

Image
 Saidin Thamby                     SHAH ALAM 15 Mei - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan bekas Exco kerajaan negeri Selangor, Saidin Thamby dan bekas Pengurus Besar Kanan (Pelaburan) Lembaga Tabung Haji, Mohamed Shafie menggunakan semula gelaran "Datuk" berikutan mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada pertuduhan masing-masing. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata Sultan Selangor turut berkenan menarik balik gelaran "Datuk" yang dikurniakan kepada bekas dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Md Saberi Md Salleh pada tahun 1999, berikutan dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Rayuan pada 20 Jan lepas kerana kesalahan rasuah. Sultan Selangor berkenan membuat keputusan itu yang berkuatkuasa pada 23 April lepas selepas berunding dengan Dewan DiRaja Selangor yang bersidang untuk kali ke-132 pada h

Permohonan Ambiga soal balas menteri - ditolak

Image
KUALA LUMPUR 15 Mei - Permohonan Anggota Jawatankuasa Bersih 2.0 bersama pengerusinya, Datuk S.Ambiga untuk menyoal balas Menteri Dalam Negeri yang mengharamkan Bersih 2.0 ditolak oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini hari ini. Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md. Arshad berkata, Hakim Datuk Rohana Yusuf menolak permohonan itu kerana ia dikemukakan melebihi tempoh lima bulan manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membuat kenyataan tersebut dalam akhbar berhubung Akta Perhimpunan Aman 2012 yang dikuatkuasakan pada 23 April 2012. - UTUSAN Related Posts :Info politik

Ku Li akui ketokohan Mustapa terajui UMNO Kelantan

Image
11/04/2012 2:10pm KOTA BHARU 11 April — Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengakui ketokohan Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam menerajui UMNO Kelantan yang dilihat telah berjaya mengembalikan sokongan besar rakyat negeri itu terhadap UMNO. Beliau berkata, Mustapa begitu komited dalam usahanya memenangi hati rakyat Kelantan untuk kembali menyokong perjuangan UMNO. "Saya lihat dia (Mustapa) bagus bekerja tetapi ini kerja berpasukan...semua kena bekerjasama. "Pilihan raya kali ini adalah sangat sengit dan peluang UMNO Kelantan itu tetap ada,” katanya selepas mengadakan Majlis Penerangan dan Pelancaran Majlis Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) peringkat Kelantan di sini, malam tadi. Sementara itu, Tengku Razaleigh yang merupakan anggota Parlimen paling lama di negara ini iaitu selama 43 tahun menafikan laporan yang menyebut beliau akan bertanding sebagai calon Bebas jika tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional pada pilihan raya umum nanti. “

Salman rushdie and Anwar Ibrahim

Image
Salman rushide and Anwar Ibrahim two are the same as one Apabila keluar isu Anwar Ibrahim yang hadir di dalam satu program Conclave di India bersama-sama dengan Salman Rushdie, penulis buku "Satanic Versus"(ayat-ayat Syaitan) yang menghina Nabi Muhamad SAW, lihat video di atas. real mentor of anwar ibrahim Related Posts :politik

SURAT ELI WONG UNTUK HIMPUNAN HIJAU DI DEDAHKAN

Image
SURAT ELI WONG UNTUK HIMPUNAN HIJAU DI DEDAHKAN!! Eli Wong tidak habis dengan isu. Selepas isu azan, penukaran tulisan jawi ke tulisan cina hinggalah ke kes bogel bersama teman lelakinya Azmin Heli yang tersebar luas baru-baru ini hingga beliau terpaksa mengumumkan kepada media yang dia akan letak jawatan. Tetapi semua itu hanyalah retorik. Beliau masih lagi memegang jawatan itu. Himpunan Hijau 2.0 baru-baru ini di Gebeng, Kuantan yang mana tujuan utamanya adalah untuk menghalang kilang lynas dari beroperasi juga dikaitkan dengan Eli Wong. Banyak versi yang JawaBernam dengar tentang himpunan haram ini. Dikatakan setiap peserta diberikan duit upah menjerit di hadapan kilang lynas yang sedang beroperasi dan ada juga dari versi lain yang mengatakan semua rakyat pahang telah turun bersama untuk menghalang pemprosesan 'fuziah thoron' dari terus beroperasi. Kempen yang dikatakan mendapat sambutan luarbiasa dari rakyat Malaysia ini telah me

TPM mahu jentera sokong siapa saja calon BN

KUALA LUMPUR 18 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu jentera parti komponen Barisan Nasional (BN) memberi sokongan padu kepada siapa sahaja yang dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya umum akan datang. Katanya, ini kerana kemenangan calon yang dipilih pucuk pimpinan amat bergantung kepada sokongan jentera parti dan apa yang penting ialah kemenangan parti, bukannya calon yang bertanding. "Bila sampai masanya pucuk pimpinan membuat keputusan siapa calon yang akan diletakkan di kawasan kita, tentulah keputusan itu tidak dibuat dengan terburu-buru dan pastinya ia pilihan yang terbaik. "Walaupun kawasan itu kawasan yang bukan UMNO, kemenangan rakan-rakan kita dalam BN menentukan kemenangan parti kita walaupun yang bertanding itu MCA atau Gerakan (misalnya), kita harus menyokong parti yang bertanding kerana mereka bertanding atas tiket BN dan kemenangan itu kelak adalah kemenangan BN," katanya. Muhyiddin yang juga Pengerusi BN Wil

Khairy buat Anwar tersentak

Image
Khairy buat Anwar tersentak KUALA LUMPUR 13 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersentak apabila menerima serangan balas daripada seorang penyokong kerajaan yang membuktikan bahawa sokongan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel adalah bersifat mutlak dan bukannya bersyarat. Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) ( gambar ) ketika mendedahkan perkara itu berkata, ia jelas kerana maksud contingent (syarat) oleh The Wall Street Journal (WSJ) bukan merujuk kepada sokongannya melindungi keselamatan Israel, sebaliknya merujuk kepada pertanyaan sama ada Anwar mahu mengiktiraf negara Israel atau sebaliknya.

BN Selangor dedah bukti

Image
BN Selangor dedah bukti SHAH ALAM 13 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa meminta bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang ada kaitan dengan Yahudi untuk memenangi pilihan raya di negara ini. Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed ( gambar ) berkata, bukti-bukti yang sebahagiannya diterima daripada sumber dalaman PKR itu menunjukkan parti tersebut menjalin kerjasama dengan Konrad Adeneur Foundation (KAF). Beliau berkata, KAF merupakan sebuah pertubuhan yang membantu golongan neo-konservatif Yahudi melalui sebuah jawatankuasa yang dikenali American Jewish Committee (AJC) dan dipercayai menerima dana daripada National Endownment for Democracy (NED) yang juga didakwa turut mempunyai pertalian dengan Anwar. ''Bukti yang ada menunjukkan Penasihat parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar sememangnya menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan luar, selain menerima dana serta latihan bagi membo

Pinda penyataan tuntutan saman: Rayuan Khairy ditolak

Image
Penyataan tuntutan saman - Khairy ditolak PUTRAJAYA 14 Mac — Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminda penyataan tuntutan dalam saman fitnahnya terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Panel tiga hakim dianggotai Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Aziah Ali dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan Khairy untuk mengetepikan keputusan Penolong Kanan Pendaftar yang membenarkan Anwar meminda penyataan tuntutannya. Hakim Zaleha yang mempengerusikan panel berkata, mahkamah tidak dapat menerima hujah peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Khairy bahawa pindaan itu akan mengakibatkan perubahan kausa tindakan daripada fitnah bertulis kepada fitnah lisan. Bagaimanapun, beliau memerintahkan Khairy diberi kebebasan memfailkan penyataan pembelaan yang dipinda dalam tempoh 21 hari mulai hari ini, selain m

Mat Sabun Wilcha - keke ada nickname rupanya org tua nie

Image
Bakal Perdana Menteri Malaysia Pelupa Orangnya Hahahaha tergelak admin bila melihat reaksi Mat Sabun Wilcha yg TERLUPA apakah bait-bait ucapan yg pernah dijaja semasa ceramah di Tasek Gelugor tempoh hari. Pulak dah. Ceramah di Tasek Gelugor 21 Ogos 2011, tapi 26 Ogos 2011 dah lupa apa yg dicakapkan? Wahhh ini mesti berbuka puasa makan semut byk-byk hehehe. Tapi mujurlah ada pihak yg sangat prihatin telah merekodkan ucapan Mat Sabun Wilcha ni. Terima kasih kepada pihak empunya video yg sungguh pemurah dan baik hati. Semoga Allah memberikan rahmat dan dimurahkan rezeki kepadanya. Tu dia video Mat Sabun Wilcha sedang bagi ceramah kutuk pejuang & perajurit negara. Pasni Mat Sabun Wilcha kalau kena panggil POLIS utk bagi keterangan jgn pura-pura lupa pula ya. POLIS dah ada video ni sebagai bukti. So jgn nak 'pusing' jauh-jauh sangat ya. Tapi ada satu kepelikannya bila Mat Sabun Wilcha menafikan apa yg diperkatakan itu dan menganggapkan ia sebagai fitnah keraja

Nurul Izzah Duta Kedai 1 Malaysia

Image
Setelah menepis pelbagai desas desus dakwaan Nurul Izzah dilantik menjadi duta Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), hari ini semuanya telah terbukti dgn kemunculan poster promosi pembukaan KR1M di Pantai Dalam. Lihat poster di bawah. Bila nak keluar gambar sorang lagi duta KR1M - Tony Phua? Sumber : REZQEEN HILL