Posts

Showing posts with the label news

N. Gobalakrishnan mahu penjelasan

Image
'Saya mahu penjelasan' Gobalakrishnan demanded for PKR’s election committee to stamp out interference in the ongoing party polls. — file pic KUALA LUMPUR 10 Nov. - Calon Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Gobalakrishnan meminta pucuk pimpinan parti memberi penjelasan berhubung dakwaan berlaku kecacatan serta penipuan dalam pemilihan parti itu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Serai berkata, satu memorandum mengenainya telah dihantar kepada pucuk pimpinan parti supaya tindakan selanjutnya diambil. ''Walau apa pun, saya buat masa ini mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehinggalah jawapan hasil daripada penyerahan memorandum itu diterima. ''Mengenai isu melibatkan Datuk Zaid Ibrahim, saya menyokongnya atas nama perjuangan. Beliau bertanding Timbalan Presiden manakala saya bertanding Naib Presiden. Akhirnya Zaid tarik diri atas sebab tertentu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataa

Gunung berapi Bulusan meletus dua kali

Image
Gunung berapi Bulusan meletus dua kali Petani sedang menuai padi di kaki gunung berapi Bulusan di wilayah Sorsogon, tengah Filipina. Gunung itu telah mengeluarkan dua kali letusan dan pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran tahap satu kepada penerbangan dan penduduk yang tinggal di sekitar gunung tersebut. - REUTERS MANILA 10 Nov. - Pihak berkuasa Filipina hari ini mengeluarkan amaran penerbangan dan peringatan kepada penduduk yang tinggal berhampiran terhadap kemungkinan letusan gunung berapi Bulusan, yang ketika ini sedang aktif mengeluarkan debu. Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina berkata, gunung berapi Bulusan telah mengeluarkan dua letusan dan menghamburkan abu setinggi 1.565 meter semalam, menyebabkan masyarakat sekitarnya bermandikan debu. Pihak berkuasa penerbangan perlu menasihati juruterbang bagi mengelak melakukan penerbangan berhampiran puncak gunung berapi itu, yang sedang mengeluarkan debu dan serpihan volkanik akibat letusan, yang boleh

54 pasukan perubatan-untuk mangsa banjir

Image
54 pasukan perubatan diwujudkan di kawasan banjir KUALA LUMPUR 5 Nov. – Kementerian Kesihatan mewujudkan 54 pasukan perkhidmatan perubatan untuk ditempatkan di semua pusat pemindahan banjir di negeri-negeri yang mengalami bencana banjir untuk memastikan mangsa menerima khidmat rawatan terbaik. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pasukan itu diwujudkan berikutan banjir besar khususnya di Kedah, selain Kelantan dan Perlis semakin berlarutan dan bilangan mangsa banjir dijangka bertambah. "Banjir ini nampaknya berlarutan, dah lebih 46,000 rakyat telah pun dipindahkan, dan melalui kementerian, kita dah wujudkan pasukan ini bagi memastikan pesakit yang dipindah dapat jagaan yang baik,” katanya kepada pemberita sewaktu menghadiri Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini. Tiong Lai berkata, pasukan itu juga turut ditugaskan untuk menganalisis bekalan air dan makanan di pusat pemindahan serta memantau haiwan yang berisik

Letusan Merapi 54 dilaporkan terbunuh

Image
Letusan Merapi paling dahsyat, 54 dilaporkan terbunuh AKARTA 5 Nov. – "Early Warning System" atau peringatan tahap bahaya Gunung Merapi di Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta. Letusan Gunung Merapi tengah malam tadi adalah yang paling dahsyat setakat ini, dengan semburan awan panas setinggi 8,000 meter ke udara, selain menghasilkan hujan abu volkanik, hujan pasir serta kerikil sehingga ke Yogyakarta, yang terletak kira-kira 40 kilometer dari gunung berapi itu. Sekurang-kurangnya 54 orang, kebanyakannya dari kawasan Cangkringan di daerah Sleman, mati akibat melecur di seluruh badan terkena abu volkanik, manakala 66 lagi cedera dengan lebih 40 peratus kesan lecuran. Berpuluh-puluh ribu penduduk dipindahkan selepas pihak berkuasa meningkatkan radius zon keselamatan kepada 20 kilometer di luar puncak Gunung Merapi, termasuk penduduk Sleman (dipindahkan ke Stadium Maguharjo) yang sering terdedah kepada ancaman awan panas Merapi. Lapangan Terbang Adisucipto di

Gambar Suspek Utama Pembunuh Datuk Sosilawati Lawiya

Image
Gambar Suspek Utama Pembunuh Datuk Sosilawati Lawiya Inilah wajah suspek utama dalam kes kehilangan serta kematian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawti Lawiya beserta 3 lagi yang lain. Nama suspek utama ni ialah DATUK PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN (nombor kad pengenalan: 690211-10-5525) dan merupakan seorang peguam serta ahli bar council. Kami juga ada mendengar ‘cakap-cakap kedai kopi’ mengatakan yang DATUK PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN ni pernah ‘menghilangkan’ beberapa ahli perniagaan sebelum Datuk Sosilawati Lawiya. Ntah betul atau tidak, itu tak pasti la pulak. Tapi bila difikir-fikir, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Kat bawah ni pulak wajah adik DATUK PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN iaitu SURENDREN A/L NALLIANNEN yang juga menjadi salah seorang suspek diatas kematian Datuk Sosilawati Lawiya. ZON ARTIS SAYS: AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAMAH DATUK SOSILAWATI LAWIYA DAN 3 LAGI YANG LAIN. KAMI JUGA NAK SAMPAIKAN SALAM TAKZIAH BUAT SELURUH KELUARGA MANGSA DAN HARAP ANDA T

Paul The Octopus DIED Mati

Image
MATI DAH SOTONG TAK SEMPAT NAK MASAK Sotong Paul atau nama orang putihnya Paul The Octopus yang menjadi perhatian semasa pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan kerana ketepatan’nya meramal keputusan-keputusan perlawanan penting telah disahkan mati pada pagi tadi (Selasa – 26 Oktober 2010) Kematian Paul disahkan oleh Sea Life Aquarium, Jerman iaitu pusat akuarium yang membela Paul. Paul yang berumur 2 tahun setengah dijumpai mati di dalam tangki tempat dia disimpan. Kematiannya tiada kaitan sama ada mahu di goreng atau dimasak sambal tapi dia mati disebabkan penyakit biasa pada sotong dan bukanlah satu yang pelik sotong mati pada umur yang pendek kerana jangka hayat sotong kurita hanyalah dalam lingkungan 2 tahun.

Kelainan finalGadis Melayu 3

Image
Kelainan final Gadis Melayu 3 PELBAGAI ilmu telah ditimba oleh sembilan orang gadis cantik ini bagi melengkapkan diri untuk bergelar ikon Gadis Melayu 3 ( GM3 ). Ilmu kemahiran kendiri, kecantikan, warisan bangsa serta ketahanan diri, adalah antara ilmu yang dipelajari sepanjang tiga bulan program ini berjalan. Setelah melalui pelbagai proses pembelajaran dan cabaran fizikal dan kerohanian dalam membentuk nilai-nilai kemelayuan yang kian pupus ditelan zaman, kini kesemua peserta telah bersedia menempuhi malam penentuan. Rancangan realiti milik TV9 akan menemui juaranya pada malam akhir GM3 yang akan bersiaran secara langsung pada 29 Oktober ini pada hari Jumaat, selama dua jam mulai pukul 8.30 malam. Peserta-peserta GM3 ialah Afiqah Hazwani Md Nordin, 18, atau lebih dikenali Afiqah dari Johor; Nur Diana Zainuddin (Diana), 19, dari Pulau Pinang dan Nor Shamimi Ernida Mansor (Mimie), 20, dari Kedah. Lain-lain termasuk Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24, dari Johor;

video ucapan lisa surihani untuk peminat sempena ffm 23

Image
Welcome! Pertama kali sampai di sini? Jadi fan kami di facebook dan langgan RSS Limau Ais supaya anda tidak terlepas sebarang gosip panas dan berita terkni artis. Update terpantas follow limau ais di twitter . Lisa Surihani dan Shaheizy Sam bergandingan di Festival Filem Malaysia (FFM23) sempena filem baru mereka 'Sekali Lagi' Video special ini dari Lisa Surihani khas untuk peminat beliau yang tidak berhenti memberi sokongan sehingga Lisa Surihani berjaya mendapat anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia FFM 23 menerusi lakonan beliau dalam filem Lagenda Budak Setan. Walaupun ramai yang bising dalam twitter sebab mungkin mereka fikir Lisa tak layak, we should not criticize sebab keputusan dari juri adalah muktamad, mereka yang lebih hebat dan luas pengalaman nya dalam bidang seni. Banyak je artis dan pelakon yang tidak mendapat penghargaan di negara sendiri tetapi cemerlang dan berjaya di negara orang, siap dapat anugerah dari negara luar. So , fikir

pemenang FFM 23

Image
Tak Sangka Menang - Norliana Samsudin Penantian tujuh tahun akhirnya berbaloi apabila Norliana Samsudin dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada malam perasmian Festival Filem Malaysia ke-23. FILEM ADNAN SEMPIT" Berbaloi Akhirnya - Shaheizy Sam Calon semuanya hebat belaka. Namun nampaknya tuah menyebelahi Shaheizy Sam apabila berjaya memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM-23 bagi filem Evolusi KL Drift. Kongsi Kemenangan Bersama - Fimie Don Keletahnya sentiasa mencuit hati dan dia adalah bakat muda yang paling menonjol buat masa ini. Fimie Don berjaya membuktikan kehebatannya dengan memenangi Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM-23 menerusi filem Magika. Keputusan Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-23 Foto The Star oleh SHAARI CHE MAT Senarai pemenang Filem Festival Malaysia ke-23 [FFM23] yang diumumkan malam tadi di Center Atrium, e@curve, Mutiara Damansara termasuk: 1. Anugerah Poster Te

Achik Spin Meninggal dunia

Image
Achik Spin Meninggal Dunia Salam Takziah buat isteri dan keluagra Achik Spin yang baru sahaja kehilangan orang tersayang pada 17.04.2010 yang lalu.. Achik Spin disahkan meninggal dunia semasa terbabit dalam kemalangan jalan raya di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas) dalam pukul 6.15 petang.. Kenderaan MPV Toyota Estima yang dinaiki Achik dikatakan terbabas setelah melanggar papan tanda sehingga menyebabkan Achik Spin tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.. Achik disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala… Jenazah Achik Spin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampangan semalam, Allahyarham Achik Spin meninggalkan seorang isteri, Rose Zaitul Suriani dan dua orang anak perempuan berusia di antara tiga tahun dan 10 bulan. Marilah sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Achik Spin semoga Roh Arwah ditempatkan dikala