Tips menanam buncis organik
Tips menanam buncis organik Penanaman kacang buncis perlu diperbanyakkan bagi menambah jenis sayuran di pasaran tempatan. KACANG buncis ( french bean ) mula ditemui di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Tanaman dengan nama saintifik Phaseolus vulgaris ini tergolong dalam keluarga leguminosae dan ia merupakan sejenis kekacang yang rangup dan manis. Kacang buncis yang biasa di tanam di negara ini adalah yang berwarna hijau muda, namun ia sebenarnya mempunyai pelbagai jenis yang berbeza warna seperti warna kuning ( yellow wax bean ), merah ( borlotto firetongue ) dan ungu gelap ( purple wax bean ). Kebanyakan mudah didapati di negara luar. Buncis mengandungi kadar protein dan vitamin tinggi. Ia boleh membantu menurunkan tekanan darah dan mengawal metabolisme gula dalam darah. Amalan memakan kacang buncis seminggu dua kali sangat sesuai bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi. Kacang ini juga dapat membantu mengatasi masalah kegemukan. Ujian ma...