Posts

Rahsia ladang ayam tanpa bau

Image
Rahsia ladang ayam tanpa bau Ayam yang dipelihara kelihatan sihat yang dapat dilihat daripada bulunya berkilat dan bersinar. APABILA menjejakkan kaki ke ladang ayam Titian Has Enterprise terasa seperti bukan di ladang ternakan. Tiada langsung bau busuk. Yang ada hanya bau habuk kayu yang digunakan sebagai lapisan dalam reban dan dua tiga ekor lalat berterbangan. Bukan itu saja, ayam yang dipelihara kelihatan sihat yang dapat dilihat daripada bulunya yang berkilat dan bersinar. Jika selama ini ladang ternakan ayam sinonim dengan pencemaran bau dan alam sekitar tapi ia tidak berlaku di Titian Has Enterprise. "Sekarang ramai penternak ayam datang meminta saya berkongsi 'rahsia' bagaimana ladang ternakan boleh didirikan berhampiran rumah kediaman," kata pemilik Titian Has, Hashim Abd. Rahman semasa ditemui di ladang ternakan ayam dan kambing miliknya di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang, Selangor, baru-baru ini. Tidak lokek berkongsi rahsia, Has

Homeopati rawat secara holistik

Image
Homeopati rawat secara holistik Dos penawar diberi kepada pesakit berdasarkan punca kesakitan dan keadaan tubuh badan. Maklumat lanjut layari www.mphm.org.my MASIH ramai yang tidak tahu mengenai apa sebenarnya perubatan homeopati. Justeru kami sangat berharap satu rang undang-undang mengenainya akan diluluskan supaya tidak ada yang tertipu," kata Pengerusi Majlis Perubatan Homeopati Malaysia (MPHM), Zainul Azmi Ahmad. Beliau yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang ini berkata, perubatan homeopati bukan sesuatu yang luar biasa di Malaysia kerana ia sudah bertapak selepas perang dunia kedua lagi. Menurut beliau, perubatan alternatif itu dibawa oleh Kolonel Sheikh Amin Rajah, iaitu seorang pegawai perubatan tentera British sekitar tahun 1930-an lagi di Singapura. Ketika itu ia digunakan bagi merawat tentera yang sakit dan juga cedera ketika perang. Selepas itu, tokoh politik terkenal, Dr. Burhanuddeen Helmi pula meneruskan raw

Jalani mamogram awal

Image
Jalani mamogram awal           Pemeriksaan mamogram lebih awal mampu mengurangkan 30 peratus kematian akibat kanser payu dara. - Gambar hiasan   Lebih awal seseorang wanita menjalankan ujian pengesanan kanser payu dara, semakin cepat dan berkesan kaedah rawatan yang boleh diambil jika mereka berisiko atau diserang penyakit itu. Justeru, selain ujian Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) yang perlu dilakukan setiap bulan untuk mengesan simptom kanser pembunuh nombor satu kaum hawa itu, wanita digalakkan menjalani mamogram. Mamogram adalah ujian pemeriksaan payu dara menggunakan Sinar-X yang memaparkan imej-imej terperinci payu dara termasuk keadaan lemak, kelenjar susu dan saluran darah selain kelenjar di bahagian ketiak. Mamogram amat berkesan dalam mengesan kanser payu dara pada peringkat awal walaupun ketika ia hanya dilihat umpama sekumpulan kalsium halus atau disebut mikrokalsifikasi. Pakar Bedah Am Hospital Ampang, Dr. Suraya Baharudin berkata, mamogram perlu d

Rawatan selepas bersalin

Image
Rawatan selepas bersalin mandi Lulur membuang daki dan memulihkan kulit. AMALAN berpantang selepas bersalin bukan sahaja menitik beratkan soal pemakanan ibu semata-mata tetapi juga merangkumi penjagaan tubuh badannya secara luaran dan dalaman. Selain menjaga makan dan minum, proses mengembalikan kesegaran tubuh juga amat penting kerana seorang ibu perlu sentiasa sihat semasa menjaga bayi mereka dan bekerja semula selepas berpantang. Namun kini, ramai yang menganggap amalan berpantang tidak lagi penting dan dianggap remeh. Malah ada yang menganggap amalan berpantang hanyalah sesuatu yang merugikan. Bagi wanita yang baru lepas bersalin, antara perkara yang ditekankan ialah urutan bagi menaikkan rahim atau di kalangan orang Melayu sebut sebagai sengkak rahim. Urutan ini dilakukan bagi menaikkan semula rahim yang kendur atau terjatuh semasa proses melahirkan anak. Rawatan tradisional seperti sengkak rahim membantu mengecutkan otot-otot rahim dan menolak rahim

Keputusan tak memihak Anwar

Image
Keputusan tak memihak Anwar   KONDOMINIUM Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur yang didakwa lokasi berlaku kejadian Anwar meliwat Mohd. Saiful. KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang telah membuktikan kes prima facie terhadap Anwar. Beliau kemudian menetapkan tarikh 6 hingga 30 Jun ini bagi pihak pembelaan mengemukakan saksi-saksi untuk memberi keterangan dengan Anwar dijangka menjadi saksi pertama berbuat demikian.  

Mandur maut disengat tebuan di ladang kelapa sawit

Mandur maut disengat tebuan di ladang kelapa sawit DUNGUN 16 Mei - Hari ini, sepatutnya Mohd. Taufik Jusoh memulakan tugas sebagai mandur di tempat barunya di pejabat Risda di daerah ini selepas berpindah dari Marang. Namun, sewaktu menunggang motosikal ke tempat kerja baru untuk melapor diri, kakitangan berusia 26 tahun itu diserang sekumpulan tebuan ketika melalui kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Serdang di sini. Sambil menahan kesakitan, mangsa menunggang motosikalnya ke Klinik Kesihatan Delong untuk mendapatkan rawatan sebelum pengsan dan dikejarkan ke Hospital Dungun sejauh 30 kilometer. Mangsa yang berasal dari Kampung Batu 48 di sini sempat memaklumkan kepada kakitangan klinik kesihatan itu bahawa dia disengat tebuan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi. Dia terpaksa menunggang motosikal sejauh dua kilometer sebelum sampai di Klinik Kesihatan Delong setelah disengat di bahagian kepala dan badan. Sebaik sahaja pengsan di klinik kesihatan it

‘Awang hitam’ cedera dibelasah

‘Awang hitam’ cedera dibelasah KUALA LUMPUR 16 Mei – Gara-gara dipercayai mengganggu isteri seorang penduduk di Taman Wangsa Permai, Kepong, beberapa lelaki warga Afrika cedera dibelasah sekumpulan penduduk taman itu di sebuah kedai makan, di sini malam semalam. Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, tiga hari lalu, mangsa dikatakan telah diganggu oleh beberapa lelaki warga Afrika dan memberitahu kejadian itu kepada suaminya. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam, lelaki ‘Awang hitam’ itu dikatakan sekali lagi mengganggu wanita terbabit yang melalui kedai makan tersebut. Bagaimanapun, nasib mereka agak malang kerana suami mangsa bersama sekumpulan penduduk berada berhampiran tempat kejadian untuk mengetahui sama ada aduan isterinya itu benar. “Selepas mangsa sekali lagi diganggu, sekumpulan penduduk menyerbu masuk kedai terbabit dan berlaku pergaduhan,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini. Seorang lagi saksi, Nor Azura Idayu Nasri, 31, berkata, sekumpulan