Posts

PDRM jelaskan jenis gas dan cecair pemedih mata

Image
PDRM jelaskan jenis gas dan cecair pemedih mata KUALA LUMPUR 25 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menjelaskan bahawa cecair yang digunakan pada meriam air dan gas pemedih mata ketika perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bukan dari Israel sebaliknya buatan Switzerland dan Amerika Syarikat (AS). Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, cecair yang digunakan adalah daripada jenis IDC System AG buatan Switzerland. Menurutnya, manakala gas pemedih mata pula iaitu Grenade Tear Gas Smoke Model ALS Technology dan Grenade Tear Gas Smoke Model MP-2SB-CS, Non Lethal Technology yang kedua-duanya buatan AS. "PDRM memberikan penjelasan itu untuk menafikan dakwaan bahawa gas pemedih mata yang digunakan pada 9 Julai lalu adalah buatan Israel. "Ini kerana, terdapat pelbagai pihak sebelum ini membuat dakwaan melulu bahawa PDRM telah menggunakan cecair dan gas pemedih mata b

Datuk Kadir direman tiga hari untuk bantu siasatan

Image
Datuk Kadir direman tiga hari untuk bantu siasatan                     KOTA BHARU 25 Julai - Polis menahan reman seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan untuk menipu beberapa mangsa membabitkan kerugian lebih RM125,000, mulai hari ini. Perintah tahanan reman selama tiga hari itu dikeluarkan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen di sini, Rashid Mustafa bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, suspek yang berasal dari Sawarak selain memperkenalkan dirinya sebagai 'Datuk Kadir' direman bagi membantu siasatan polis. "Suspek direman sehingga Rabu ini kerana memiliki peralatan yang dibekalkan kepada pegawai polis serta menggunakannya tanpa kebenaran. "Selain itu, dia juga disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam dan Seksyen 420 akta sama kerana menipu," katanya. Utusan Malaysia hari ini melapor

RM63j rugi angkara jenayah siber

Image
RM63j rugi angkara jenayah siber PULAU PINANG 25 Julai – Sebanyak 6,167 kes penipuan dalam Internet melibatkan nilai kerugian RM63 juta dilaporkan di negara ini sepanjang tahun lalu. Ia meningkat empat kali ganda dalam tempoh empat tahun berbanding pada 2007 yang hanya mencatatkan 1,139 kes dengan nilai RM11.4 juta. Bagi 2008, sebanyak 1,821 kes dengan kerugian RM12.9 juta dilaporkan, manakala 2009 adalah 3,863 kes bernilai RM22.3 juta. Ketua Unit Jenayah Internet, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Deputi Supritendan Mahfuz Ab. Majid berkata, tiga jenayah siber yang kerap dilakukan adalah perbankan Internet, VoIP (Voice Over Internet Protocol) dan e-Perdagangan. “Jenayah-jenayah itu melibatkan penipuan dalam cubaan memperoleh maklumat peribadi seperti nama pengguna, nombor akaun, nombor pengenalan peribadi (PIN), kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar sebagai entiti boleh dipercayai menerusi komu

Membangun estet rumpai laut

Image
Membangun estet rumpai laut Perladangan secara konvensional dilihat mampu mengurangkan kualiti rumpai laut berbanding kaedah estet yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan. Sejarah rumpai laut di Malaysia bermula sejak tahun 1978 lagi di Pulau Karindingan, Semporna Sabah. Ketika itu rumpai laut ditemui tumbuh secara semula jadi dan taburan rumpai laut tersebut telah ditemui oleh seorang penyelidik dari Universiti Hawaii iaitu Profesor Maxwell S. Doty. Beliau telah membawa balik sampel rumpai laut ke makmal di Amerika Syarikat untuk tujuan identifikasi dan menamakannya sebagai Kappaphycus alvarezii. Nama tersebut adalah sempena nama seorang ahli biologi dari Filipina iaitu Vicente Alvarez. Selepas identifikasi tersebut, rumpai laut dari jenis Kappaphycus alvarezii diperkenalkan secara meluas di Sabah dan ia mula dikomersialkan pada tahun 1989. Rumpai laut merah Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood, industri rumpai laut t

Anwar mohon saksi kes liwatnya hadir di mahkamah

Image
Anwar mohon saksi kes liwatnya hadir di mahkamah KUALA LUMPUR 26 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah agar lima saksi kes liwatnya hadir di Mahkamah Tinggi di sini bagi ditemu bual oleh pihak pembelaan sebelum beliau memberikan keterangan membela diri pada 8 Ogos ini. - Utusan

Fomca gesa ubat tanpa sijil halal disenaraikan

Image
Fomca gesa ubat tanpa sijil halal disenaraikan KUALA LUMPUR 26 Julai - Fomca meminta pihak berkuasa menyenaraikan mana-mana ubat yang tidak mendapat perakuan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta syarikat-syarikat yang telah memohon sijil halal bagi ubat-ubatan yang dikeluarkan. Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, langkah ini penting dalam membantu pengguna mengelak daripada membeli ubat-ubatan yang tidak halal. "Walaupun tiada akta khusus berkaitan perkara ini pihak berkuasa dan media perlu main peranan untuk hebahkan jenis-jenis ubat yang mengandungi unsur tidak halal,” katanya kepada pemberita selepas persidangan meja bulat Farmaseutikal yang Halal: Isu-isu dan Cabaran di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini, hari ini. Dua pembentang kertas kerja lain adalah pakar farmasi Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Zhari Ismail dan Ketua

Pejabat SPRM akan dilengkapi bilik rakaman bervideo

Image
Pejabat SPRM akan dilengkapi bilik rakaman bervideo PUTRAJAYA 26 Julai - Semua pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di seluruh negara akan dilengkapi Bilik Rakaman Bervideo (VIR) menjelang akhir tahun ini untuk merekod percakapan tertuduh, pihak yang disiasat atau saksi. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, ia akan dilakukan secara berperingkat dengan fasa pertama pembangunan VIR akan tertumpu kepada bangunan milik SPRM dan seterusnya ke bangunan guna sama, kuarters atau rumah kedai. Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata, setakat ini ibu pejabat SPRM di Putrajaya sudah dilengkapi dua VIR manakala empat VIR ditempatkan di SPRM Perak. "VIR ini disediakan untuk memastikan rekod pernyataan dibuat secara teratur, telus dan tanpa dorongan, ancaman atau janji. "Ia dilengkapi CCTV dan audio yang kemudiannya akan disalin dalam bentuk cakera padat digital (DVD), kamera yang digunakan canggi