Posts

Produk hiliran tambah pendapatan

Image
KEROPOK lekor antara makanan berasaskan ikan yang menjadi kegemaran ramai. SELAIN inisiatif pembangunan aktiviti nelayan dan menambah baik industri perikanan negara, tumpuan turut diberi terhadap program penghasilan produk hiliran. Justeru Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah melaksanakan program Pembangunan Usahawan dan Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan (PPHP). PPHP menyasarkan matlamat meningkatkan ekonomi dan pendapatan Persatuan Nelayan melalui penghasilan produk nilai tambah.

Tips tanam petola

Image
Petola antara sayuran yang sangat popular dan mendapat permintaan tinggi di pasaran. - Gambar hiasan Persediaan tanah Petola segi akan mengeluarkan hasil yang tinggi jika ditanam di tanah yang gembur berpasir, mengandungi banyak bahan organik dan mempunyai saliran yang baik. Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam antara 20 dan 30 sm untuk memudahkan pertumbuhan akar. Batas disediakan menggunakan jentera atau secara manual mengikut saiz yang disyorkan, biasanya lebar batas antara 1-1.2 meter,tinggi batas antara 20 dan 30 sm dan panjang batas mengikut kesesuaian tempat. Jarak antara batas ialah 0.6 meter.

Santan sawit kurang kolestrol

Image
Santan sawit sangat sesuai digunakan dalam masakan bagi menggantikan santan kelapa kerana tidak cepat 'pecah minyak' biarpun gulai dimasak pada suhu yang tinggi. Penggunaan santan dalam masakan harian bagi masyarakat negara ini bukan lagi asing, malah harga bagi bahan masakan ini melambung pada musim perayaan. Hampir kesemua masakan tradisional Melayu memerlukan santan sebagai bahan utama dan jika ditukar dengan bahan lain pastinya rasa serta kualiti masakan tersebut akan kurang. Namun, akibat kekurangan stok kelapa, harga santan kini kadangkala di luar jangkaan dan ia bertambah kritikal apabila industri perladangan kelapa semakin menyepi. Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut, sebuah syarikat bumiputera yang dikenali sebagai Khalissantan memperkenalkan santan kelapa sawit. Menurut Pengarah Urusannya, Jasri Mohd. Rashid, santan kelapa sawit tiada beza dengan santan kelapa biasa.

Soya ganti santan dalam nasi lemak

Image
Sampel lauk kari ayam versi Melayu yang digantikan sebahagian santan dengan susu kacang soya. KEMAKMURAN ekonomi sesebuah negara biasanya dapat dilihat daripada gaya hidup rakyatnya. Gaya hidup itu pula meliputi pelbagai aspek antaranya dilihat daripada di mana mereka menginap, jenis kediaman , jenis pakaian yang dipakai , jenis kenderaan yang dinaiki sehinggalah kepada makanan. Dengan kayu ukur yang disebutkan itu, tidak sukar membandingkan keadaan bagi rakyat sesebuah negara terutama negara makmur atau negara yang mana penduduk mereka mengalami kebuluran. Begitupun, negara yang rakyatnya mengalami kebuluran merupakan masalah ketika ini tetapi tanpa kawalan juga, akhirnya rakyat negara kaya mudah terjerumus kepada masalah kerana terlebih makan atau tersalah makan.

UMT fokus kajian makanan tempatan

Image
Penghasilan pelbagai produk makanan berasaskan bahan mentah tempatan menjadikan UMT dikenali sebagai pusat pengajian yang mengutamakan produk tempatan dan meningkatkan nilai pemakanan. AGAK menarik untuk melihat pembabitan sebuah universiti yang memberi fokus kepada bidang pemakanan. Ini kerana, pelbagai keunikan makanan akan ditampilkan menerusi penyelidikan menggunakan produk berasaskan tanaman tempatan. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) antaranya yang memfokuskan penyelidikan makanan tempatan dengan menghasilkan pelbagai jenis makanan sama ada berat atau ringan. UMT menerusi Jabatan Sains Makanan, Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM) telah memperkenalkan pelbagai jenis makanan yang berasaskan rosel melalui Roselle Special Interest Group (RSIG) seperti ais krim, yogurt, jeruk, gegelung buah (leather bar) dan biskut.

KULN perlu guna kelebihan bantu pelajar Malaysia

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Kelab UMNO Luar Negara (KULN) perlu menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk menjadi pihak pertama membantu para pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara sekiranya mereka berhadapan sebarang masalah. Menteri Belia dan Sukan yang juga Pengerusi KULN, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, ini kerana kelab itu mempunyai rangkaian yang begitu pantas dan berkesan bagi menghulurkan bantuan dengan segera kepada pelajar Malaysia tanpa mengira kaum dan latar belakang. “Rangkaian mereka dari segi menghubungi pelajar satu dunia lebih kuat,kerajaan pun tak dapat mengatasinya, maknanya kerajaan ada Jabatan Penuntut misalnya di United Kingdom mungkin hanya dua atau tiga (orang)...manakala sistem kedutaan hanya wujud di ibu kota. “Tapi KULN ada 74 di satu dunia, di bandar-bandar kecil pun ada, sekecil-kecil St Petersburg (Russia) pun ada,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kursus Kepimpinan KULN: ‘Transformasi KULN’, di sini semalam. Ahmad Shabery

UMNO Kelantan bawa usul ekonomi, agama ke Perhimpunan Agung UMNO

BACHOK 27 Nov. - UMNO Kelantan akan membawa usul ekonomi dan agama pada Perhimpunan Agung UMNO bermula Selasa ini. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pihaknya sudah melantik tiga tokoh berpengalaman untuk mengemukakan usul tersebut dalam konteks negeri Kelantan, lengkap dengan hujah dan fakta berkaitan kedua-dua bidang berkenaan. "Mereka ialah Datuk Hanafi Mamat (Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas merangkap Bendahari UMNO Kelantan) yang diamanahkan untuk membawa usul ekonomi, Mohd. Affandi Yusoff (Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang merangkap Exco Pemuda UMNO) akan membahaskan bidang keagamaan dan Alwi Che Mat (Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh) dipertanggungjawabkan membahaskan usul ucapan Presiden," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini. Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, ketiga-tiga pembahas itu telah diminta merangka persiapan yang selar