Posts

Tanggungjawab bersama

Image
Dr. Abdul Latiff Ahmad (kiri) beramah mesra bersama anggota tentera yang hadir sewaktu membuat lawatan di Kem 8 Briged, Pengkalan Chepa, Kelantan, kelmarin. KOTA BHaRU 23 Feb. - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bekerja keras memastikan sempadan negara tidak dibolosi bagaimanapun amalan masyarakat di Selatan Thailand yang mudah memiliki senjata api menyebabkan usaha untuk mengawalnya daripada memasuki negara ini amat sukar. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad berkata, sehubungan itu, peranan untuk mengawal penyeludupan itu tidak boleh disandarkan sepenuhnya kepada negara ini semata-mata kerana kerajaan Thailand sendiri perlu bertanggungjawab menjaga sempadan mereka. ''Kita ada platform kerjasama antara kedua-dua negara dan saya rasa perkara inilah yang dibincangkan oleh kedua-dua negara ketika pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra.

e-ROSES daftar pertubuhan

Image
PUTRAJAYA 23 Feb. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini melancarkan projek 'e-ROSES' bagi pelaksanaan permohonan pendaftaran pertubuhan secara dalam talian. e-ROSES merupakan projek fasa pertama kendalian Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang telah dimulakan sejak Ogos tahun lepas.

Dua sahabat terbabas

Image
KUALA LUMPUR 23 Feb. - Dua sahabat yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut apabila motosikal yang mereka naiki terbabas merempuh sebatang pokok di Jalan Pahang di sini awal pagi ini. Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, R. Muraly, 31, dan rakannya, A. Muralidheran, 32, mati selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan. Jurucakap polis berkata, semasa kejadian, kedua-dua mereka yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC dalam perjalanan dari arah pusat bandar ke Setapak. "Penunggang motosikal itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas merempoh sebatang pokok hiasan di kiri jalan. "Akibat rempuhan itu, kedua-dua mereka tercampak di atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami," katanya di sini hari ini. Tambahnya, Muraly berasal dari Jalan Genting Klang manakala Muralidheran beralamat di Batu Caves. Polis dalam pada itu turut meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat me

Pemain deram kudung pukau tetamu majlis kahwin

Image
Rosman Zainal menunjukkan bakatnya bermain deram walaupun kudung tangan kiri ketika ditemui pada satu majlis perkahwinan di Padang Tembak, Teluk Intan, kelmarin. TELUK INTAN 23 Feb. - Bermain deram mengunakan hanya sebelah tangan bukan satu perkara mudah. Namun bagi Rosman Zainal, 33, perkara itu bukan luar biasa baginya yang kudung tangan kiri. Bapa kepada dua anak itu berkata, dia telah bermain deram mengunakan sebelah tangan hampir 10 tahun dan menggangap kebolehannya itu kurniaan Allah. ''Meskipun kudung sebelah tangan, tapi saya ingin membuktikan saya juga mampu menjalani kehidupan seperti manusia biasa. ''Kebolehan ini adalah satu rahmat Allah buat saya dan keluarga. Saya akan terus bermain deram untuk menghiburkan orang ramai," katanya ketika ditemui membuat persembahan pada satu majlis perkahwinan di Padang Tembak di sini semalam. Kebolehan Rosman bukan sahaja memukau penduduk setempat tetapi pengunjung luar, lebih-lebih lagi deram yang dig

influenza ILI - 67 pelajar dikuarantin

Image
SEBAHAGIAN daripada 67 pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah dikuarantin di bangunan berasingan sekolah berasrama penuh tersebut kerana dijangkiti penyakit serupa influenza (ILI) di Ayer Keroh, Melaka, semalam. MELAKA 23 Feb. - Sebanyak 67 pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Ayer Keroh di sini dikuarantin di bangunan berasingan di sekolah berasrama penuh itu kerana dijangkiti penyakit serupa influenza (ILI). Mereka terdiri daripada 29 pelajar perempuan dan 38 lelaki dikuarantin setelah dikesan dijangkiti penyakit itu malam Ahad lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran Belia dan Sukan negeri, Datuk Gan Tian Loo berkata, keadaan di sekolah terbabit terkawal dan setakat ini semua pelajar yang dijangkiti menunjukkan tanda-tanda semakin pulih. "Malah, pada awalnya sebanyak 77 pelajar dijangkiti, namun semalam 10 daripada mereka iaitu lapan perempuan dan dua lelaki dibenarkan pulang ke asrama. "Manakala 67 lagi pelajar yang masih mengalami ILI diasi

Boon Siew Honda lancar dua motosikal kuasa tinggi

Image
Abdul Rahman Abbas (tengah) sambil diperhatikan oleh Syed Mohamad Aidid Syed Murtaza (kanan) tertarik dengan motor yang dihiasi oleh pemilik kedai Creative Makeover Hairul Faizal Husin (kiri) di PWTC, Kuala Lumpur, kelmarin. KUALA LUMPUR 23 Feb. – Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dan KTM Sportmotocycle AG melancarkan dua model motosikal berkuasa tinggi sempena MotoXpo KL 2012 yang bermula semalam hingga 26 Februari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini . Boon Siew melancarkan model terbaru Honda CBR1000RR dan Honda 2012 Gold Wing manakala KTM memperkenalkan KTM 200 Duke dan KTM 690 Duke. Ekspo yang pertama kali diadakan di negara ini menyaksikan penyertaan daripada syarikat-syarikat pengeluar motosikal ternama seperti Suzuki, Kawasaki, Yamaha, Modenas, SYM dan Can-Am. Majlis perasmian telah disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas. Presiden Persatuan Pemasang dan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (Masaam), Datuk Syed Mohamad Aidid

Lapan beranak berteduh di pondok berdinding zink, kanvas

Image
Norhawa Arip bersama dua anaknya di Kampung Parit Abdul Aziz, Sungai Balang Darat, Muar, Johor. MUAR 23 Feb. - Sebuah pondok berdindingkan zink dan kanvas tanpa pintu, menjadi tempat berteduh lapan beranak di Kampung Parit Abdul Aziz dekat sini sejak lapan bulan lalu setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran. Pondok berukuran 20 x 15 kaki itu didiami oleh keluarga Ariffin Md. Amin, 39, bersama isteri, Norhawa Arip, 37, dan enam anak mereka berusia tiga hingga 15 tahun. Menurut Norhawa, pondok yang didirikan atas tanah milik ibu mertuanya itu hanya menanti masa untuk roboh, selain tidak memiliki kemudahan asas. "Pondok ini tidak mempunyai bilik dan di ruang yang sempit inilah kami tidur, berehat, makan dan tempat anak-anak membuat kerja sekolah. "Selain itu, 'rumah' ini juga tidak mempunyai bekalan elektrik dan saya terpaksa mendapatkan bekalan elektrik dengan cara membuat penyambungan dari rumah jiran," katanya semasa ditemui di sini baru-baru