Posts

Bahan lucah: Speaker DUN Perak buat laporan polis

Image
IPOH 22 Dis. - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk R. Ganesan hari ini membuat laporan polis berhubung sampul surat yang diterima oleh dua pemimpin DAP negeri, semalam yang mengandungi cetakan dan VCD yang dipercayai mengandungi bahan lucah membabitkan beliau dengan seorang wanita. Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada kira-kira 10 pagi ini. Menurut laporan polis itu, Ganeson mendakwa beliau dimaklumkan oleh wartawan bahawa empat anggota Dewan Undangan Negeri daripada DAP iaitu V. Sivakumar, A.N Sivasubramaniam, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ngar Kor Ming telah mengadakan satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak semalam antara pukul 21.15 tengah hari dan 12.40 tengah hari. Ganesan mendakwa pada sidang media itu, pihak media dimaklumkan bahawa Sivakumar dan Subramaniam masing-masing menerima satu sampul surat mengandungi cetakan daripada laman web National Express Malaysia dan sekeping VCD dan pada

Yuran agensi pembantu rumah mesti munasabah: Subramaniam

Image
KUALA LUMPUR 22 Dis. - Yuran agensi pembantu rumah perlu ditetapkan pada kadar yang lebih munasabah dan relevan dengan keperluan masyarakat, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam hari ini. Beliau berkata, beberapa agensi malah menetapkan yuran tinggi sehingga RM12,000 setiap amah, yang terlalu mahal bagi kebanyakan penduduk Malaysia. "Dalam jangka panjang, saya agak bersetuju bahawa kuasa pasaran yang sebenarnya penentu kepada yuran ini, namun pada masa sama mereka perlu bersikap munasabah dan relevan kepada keperluan masyarakat," katanya. - BERNAMA Related Posts :info semasa,

Proses naik taraf Mahkamah Syariah di peringkat akhir

Image
KUALA LUMPUR 22 Dis. - Proses menaik taraf sistem perundangan syariah di negara ini dengan menambah peringkat mahkamah itu daripada tiga kepada lima, kini di tahap akhir. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, draf berhubung pindaan perundangan itu mendapat persetujuan Raja-Raja dan Majlis Agama Islam di 13 negeri. Beliau berkata, usaha menaik taraf sistem kehakiman syariah itu dijangka dapat dilaksanakan pada tahun depan jika dipersetujui secara kolektif oleh semua Majlis Agama Islam negeri. "Ia sedang dipersembahkan kepada raja-raja dan Majlis Agama Islam negeri, terutama ahli lembaga majlis dan sekarang ini, kita telah melepasi 13 negeri manakala negeri terakhir iaitu Kedah, akan kita bentangkan pada 30 Dis depan. "Sekiranya kesemua negeri mempersetujui cadangan ini, kita akan bentangkan pada Majlis Raja-Raja untuk mendapat perkenan, dan seterusnya untuk proses pelaksanaan peningkatan mahkamah tersebut,&q

Lim Keng Yaik meninggal dunia

Image
               Tun Dr. Lim Keng Yaik PETALING JAYA 22 Dis. - Bekas Presiden Gerakan, Tun Dr. Lim Keng Yaik, 73, meninggal dunia di kediamannya di Tropicana Petaling Jaya pada pukul 4.45 petang ini. Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan kepada Bernama. - BERNAMA Related Posts :info politik, politik,

Muhyiddin beri jaminan berhubung pengambilan guru BI dari India

Image
KUALA TERENGGANU 22 Dis. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan bahawa cadangan pengambilan guru dari India untuk mengajar Bahasa Inggeris di Malaysia akan diteliti dengan terperinci. Kementerian Pelajaran akan mengambil kira daripada pelbagai aspek bagi memastikan pengambilan guru itu bersesuaian dengan keperluan pendidikan di negara ini, katanya. "Kita akan teliti apakah guru bahasa Inggeris dari India ini sesuai, ada kelulusan Cambridge atau Oxford (universiti) misalnya, boleh mengajar dengan baik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan pegawai pengurusan dan profesional negeri Terengganu di sini. - BERNAMA Related Posts :info politik, politik,

Calon BN akan diumum bila tiba waktunya-Muhyiddin

Image
KUALA TERENGGANU 22 Dis. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13, apabila tiba waktu yang sesuai dengan mengambil kira isu strategik. Timbalan Perdana Menteri berkata, isu strategik itu turut meliputi sama ada calon berkenaan perlu diumumkan lebih awal yang mungkin memberi kelebihan kepada calon BN itu nanti. "Ia akan sampai waktu bila Presiden (parti dan Pengerusi BN) buat keputusan, mereka yang hendak jadi calon itu akan diberitahu," katanya. - BERNAMA Related Posts :info politik, politik,

COMMENT BOX

Get the DiscussIt Comment System widget and many other great free widgets at Widgetbox ! Not seeing a widget? ( More info ) Related Posts :tools,