Posts

Tonton online movie : Lihat Boleh Pegang Jangan

Image
Jenis Film :Comedy Produser :Ody Mulya Hidayat Produksi :Maxima Pictures Pemain :Dewi Perssik Dimas Seto Steve Emmanuel Shinta Bachir Mahadewi Sutradara :Findo Purnomo

Tonton Online Movie - Mama Minta Pulsa (2012)

Image
Genre : Comedy | Horror Cast: Nikita Mirzani, Rizky Mocil, Shinta Bachir, Kartika Putri, Kikky Rizky Format : Matroska Size : 297 MiB Quality : VCDRip Run Time : 1 hr 15 min

KBioCorp majukan bidang pembaikbakaan

Image
Anak benih hasil kultur tisu disusun pada rak yang disediakan bagi memudahkan proses dokumentasi. DITUBUHKAN sejak tahun 2006 dengan menawarkan kepakaran di dalam bidang fitokimia ( phytochemistry ) bagi produk berasaskan tumbuhan dan alam semulajadi, KBioCorps kini mampu berbangga dengan produk keluarannya. Lebih dikenali sebagai Kedah BioResources Corporation Sdn. Bhd., KBioCorps merupakan subsidiari Kulim Technology Park Corporation Sdn. bhd. (KTPC) turut menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kelengkapan untuk kegunaan pihak industri. Terletak di Techno Centre of Kulim Hi-Tech Park , kedudukan KBioCorp sememangnya strategik kerana kawasan tersebut merupakan kawasan khas yang dibangunkan untuk industri teknologi tinggi dan juga penyelidikan dan pengembangan (R&D). Sektor industri yang terlibat adalah seperti sains tumbuhan dan kultur tisu, kilang percubaan pemprosesan produk herba, latihan serta perkhidmatan konsultan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KBi

Teknologi GM

Image
Tanaman yang menggunakan teknologi GM bukan sahaja meningkatkan hasil malah khasiat pemakanan, rasa, kualiti dan daya tahan terhadap penyakit dapat diperkasakan. SEPERTI rakan sejawatan mereka di negara maju, penyelidik tempatan percaya Teknologi pengubahsuaian genetik (GM) mampu meningkatkan pengeluaran makanan di Malaysia pada masa akan datang. Tanaman GM bukan saja membantu meningkatkan hasil dan khasiat pemakanan, tetapi juga menambah baik rasa serta kualiti dan memperkasa daya tahan terhadap penyakit serta musuh, yang sekali gus dapat mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak dan racun herba. Malaysia melakar kejayaan besar dalam tanaman GM apabila tanaman pengubahsuaian genetik pertamanya akan menghijaukan kebun atau ladang di negara ini dalam tempoh enam hingga lapan tahun akan datang. Tanaman GM bukan saja membantu meningkatkan pengeluaran melalui penggunaan kadar sumber yang lebih rendah, tetapi juga dapat mengatasi pelbagai isu berkaitan khasiat pe

Nilai sisa sawit

Image
Relau yang memuatkan buah kelapa sawit untuk distimkan sebelum proses memerah minyak dilakukan. Menerusi proses menghasilkan minyak kelapa sawit, penghasilan serta lambakan bahan buangan seperti tandan buah kosong (EFB) dan juga tempurung kelapa sawit mendatangkan sedikit masalah. Sebelum ini, bahan-bahan tersebut akan dibuang begitu sahaja, namun terdapat juga usaha untuk memproses bahan buangan tersebut untuk dijadikan baja. Terbaru, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kyushu Institute of Technology (KIT) dari Jepun mengadakan bengkel khas untuk membincangkan pengurusan bahan buangan tersebut. Bengkel tersebut diadakan untuk membincangkan kaedah terbaik yang dikenali sebagai sistem sisa buangan sifar (zero-discharge system) di kilang sawit bagi menguruskan bahan buangan tersebut. Menurut pengerusi bengkel tersebut, Prof. Dr. Mohd. Ali Hassan, kajian antara UPM dan KIT telah dilaksanakan sejak 15 tahun dahulu lagi. Jelasnya, industri sawit menjadi fo

Insentif RM500 kepada pekebun kecil

Image
Sebahagian warga RISDA yang menghadiri Majlis Perjumpaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersama warga RISDA Zon Utara di RTC Gopeng, Perak, semalam turut menyatakan kecintaan mereka kepada RISDA. GOPENG 5 Mac - Kerajaan sekali lagi membuktikan keprihatinan membela nasib golongan pekebun kecil apabila mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM500 sebulan selama empat tahun kepada setiap pekebun yang mengusahakan tanah yang luasnya tidak melebihi 2.4 hektar. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal ketika mengumumkan insentif itu berkata, buat permulaan, kira-kira 1,000 pekebun kecil getah yang layak di seluruh negara sudah dikenal pasti untuk menerima imbuhan tersebut.

FAMA sasar jualan RM1.5b tahun ini

Image
Badruddin Amiruldin (depan, tengah) beramah mesra dengan penerima cek Program Kukuh FAMA di Seberang Jaya, Pulau Pinang, semalam. BUKIT MERTAJAM 7 Mac - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan jualan sebanyak RM1.5 bilion melalui hasil jualan di pasar tani, Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) dan Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) sepanjang tahun ini. Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, sasaran itu realistik dengan perkembangan tiga cabang perniagaan utama itu yang menjana pendapatan lumayan kepada usahawan FAMA di seluruh negara. Selain itu, menurutnya, menjelang 2014 juga pihaknya merancang membuka 1,000 buah pasar tani, 1,000 buah GBBS, 1,000 buah AKR serta 1,000 usahawan bermotosikal di seluruh negara bagi memenuhi kehendak pelanggan.