Malaysia berharap pertahan kerusi IMO 2014-2015
SIBU 17 Nov. - Malaysia berharap untuk mempertahan kerusi majlis dalam Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bagi penggal 2014-2015, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi. Beliau berkata, IMO akan mengadakan pemilihan seterusnya pada perhimpunan agung bermula 25 Nov di London. "Malaysia menjadi anggota pertubuhan itu sejak 1971 dan pertama kali dilantik sebagai ahli majlis (Kategori C) pada 2005," katanya semasa melancarkan Hari Maritim Sedunia 2013 peringkat kebangsaan di Esplanade Sibu di sini hari ini. Kategori C ialah bagi negara dari kawasan geografi utama yang mempunyai kepentingan bermakna dalam lautan dan pengangkutan kapal. "Kira-kira 100,000 kapal dari semua saiz dan jenis belayar melalui Selat Melaka di bawah pengawasan dan bidang kuasa kita setiap tahun. "Jadi kita perlu suara kita dalam majlis IMO untuk Malaysia boleh terus menyumbang kepada penambahbaikan sistem maritim di laluan laut yang sangat sibuk di dunia