Posts

MALAYSIA dimasa kini

Image
lagi issue tentang pemalsuan mykad.dimana kerajaan digesa agar melakukan bukan lagi pemantauan tapi membuat kerja dimana isu pendatang asing dan pemalsuan mykad makin berleluasa. Ramai tanggapan masyarakat makin memandang pegawai kerajaan malaysia makin korupt atau rosak. semua menunding pada kerajaan yang memandang lewa akan issue pendatang asing yang senang-senang membeli mykad palsu. apakah kerajaan itu sendiri yang memberi ruang atau pun ada agenda tersendiri. nyata pembanjiran pendatang tanpa izin yang senang bekerja di kelab-kelab malam,rumah-rumah urut,seolah-olah kerajaan malaysia mmg tiada kuasa atas pembanjiran itu.. sedangkan imigresen malaysia,jabatan kastam,polis, sudah tiada kuasa.. apa yang merisau kan rumah urut dimalaysia makin banyak seolah-olah cendawan tumbuh yang sukar lagi dibendung. semua meragui tampuk pimpinan kerajaan yang memberi ruang peluang perniagaan yang memburuk kan imej kerajaan itu sendiri,apa kah Dato' Sri H

Semua anggota Rela rakyat tempatan - Ketua Pengarah

Image
HULU TERENGGANU 17 Nov. - Ketua Pengarah Pasukan Relawan Malaysia (Rela), Datuk Mustafa Ibrahim menegaskan pada Ahad semua anggota pasukan itu adalah warga tempatan. Ini kerana kata beliau pihaknya sentiasa memastikan pemohon yang ingin menyertai pasukan itu mempunyai MyKad yang sah, selain melakukan saringan yang ketat. "Anggota Rela ini bukan saja memiliki kad pengenalan yang tulen tetapi bersih daripada sebarang rekod jenayah bagi mengelakkan masalah di kemudian hari," katanya kepada pemberita selepas Penutupan Ujian Kemahiran Menembak Rela Peringkat Kebangsaan di Pusat Latihan Rela Wilayah Timur, di sini. Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan ada warga asing menjadi anggota Rela menggunakan kad pengenalan yang diubah suai. "Dakwaan itu tidak dibuktikan secara jelas dan kita juga tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung perkara berkenaan," katanya lagi. Menurut Mustafa, setiap hari kira-kira 5,000 anggota Rela ditugas m

Malaysia berharap pertahan kerusi IMO 2014-2015

SIBU 17 Nov. - Malaysia berharap untuk mempertahan kerusi majlis dalam Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bagi penggal 2014-2015, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi. Beliau berkata, IMO akan mengadakan pemilihan seterusnya pada perhimpunan agung bermula 25 Nov di London. "Malaysia menjadi anggota pertubuhan itu sejak 1971 dan pertama kali dilantik sebagai ahli majlis (Kategori C) pada 2005," katanya semasa melancarkan Hari Maritim Sedunia 2013 peringkat kebangsaan di Esplanade Sibu di sini hari ini. Kategori C ialah bagi negara dari kawasan geografi utama yang mempunyai kepentingan bermakna dalam lautan dan pengangkutan kapal. "Kira-kira 100,000 kapal dari semua saiz dan jenis belayar melalui Selat Melaka di bawah pengawasan dan bidang kuasa kita setiap tahun. "Jadi kita perlu suara kita dalam majlis IMO untuk Malaysia boleh terus menyumbang kepada penambahbaikan sistem maritim di laluan laut yang sangat sibuk di dunia

Pihak sebar berita palsu insiden di Pulau Pom Pom ditegur

Image
ROMPIN 17 Nov. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menegur pihak tertentu yang menyebarkan berita palsu berhubung insiden bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Sabah. Katanya, perbuatan itu mengundang suasana tidak harmoni dan mesti dihentikan. "Kawasan berkenaan selamat untuk dikunjungi dan kita akan terus memperhebatkan rondaan bagi membanteras sebarang jenis jenayah merentasi sempadan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jiwa Murni Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di sini. Beliau juga menegaskan, kawalan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) telah dipertingkat bagi memastikan pulau-pulau terutama yang terletak berhampiran sempadan terus selamat dikunjungi. Dalam masa yang sama, beliau menyarankan masyarakat di negara ini menjadi sahabat APMM dengan menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa berkenaan. "Melalui maklumat itu, tindakan pantas dapa

Malaysia jadi tuan rumah CHOGM 2019 - PM

Image
COLOMBO (Sri Lanka) 17 Nov. - Malaysia bakal menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 2019. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu terkandung dalam Pernyataan yang dikeluarkan pada akhir persidangan CHOGM di Sri Lanka, Ahad. Bercakap kepada wartawan Malaysia mengakhiri penyertaannya dalam CHOGM 2013, Najib berkata, badan Komanwel itu telah mengambil maklum mengenai tawaran negara anggota untuk menjadi tuan rumah. CHOGM 2015 akan berlangsung di Malta selepas Mauritius menarik diri, 2017 di Vanuatu dan 2019 di Malaysia, katanya. Menurut pernyataan itu, ketua-ketua kerajaan itu menyambut baik dan menerima tawaran Perdana Menteri Malta untuk menjadi hos persidangan 2015. "Mereka juga menyambut baik tawaran Vanuatu dan Malaysia untuk masing-masing menjadi hos bagi CHOGM 2017 dan 2019," jelas Pernyataan itu. Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menjadi hos CHOGM semasa CHOGM 2011 di

ESSCOM gesa lapor segera kehadiran pendatang asing

Image
AHAD DATU 17 Nov. - Ketua masyarakat di Kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) diminta segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengetahui tentang kehadiran pendatang tanpa izin atau orang yang mencurigakan di kawasan masing-masing. Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek berkata, mereka boleh menyalurkan maklumat itu ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan ESSCOM yang beroperasi 24 jam di talian 089-863181 atau faks 089-863182. "Kerjasama ketua-ketua kampung atau pemimpin masyarakat amat penting supaya pihak keselamatan dapat mengambil tindakan wajar khususnya di perkampungan pesisir pantai dan pulau-pulau di kawasan ESSZONE. "Kita tidak mahu leka dalam hal ini. Oleh itu kita mahu mereka menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyalurkan apa sahaja maklumat khususnya yang berkaitan dengan kehadiran pendatang tanpa izin atau kemasukan orang tertentu yang mencuriga

Kes bocor dokumen rasmi Kerajaan Johor diserah kepada polis

Image
PASIR GUDANG 17 Nov. - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat tindakan membocorkan kandungan dan menyebarkan Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berhubung cadangan mengubah cuti mingguan negeri ini. "Perkara berkenaan masih dalam perbincangan dan belum diputuskan lagi. Perbuatan yang dilakukan ini menggambarkan sikap tidak amanah dalam merahsiakan hal sulit kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pernikahan beramai-ramai di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini Ahad. Seramai 30 pasangan bernikah pada majlis yang dianjurkan bersama Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Waqaf An-Nur Corporation Berhad dan Hospital Penawar Pasir Gudang. "Walaupun laporan polis sudah dibuat tetapi setakat ini beliau masih belum mendapat sebarang perkembangan mengenai siasatan itu," kata Mohamed Khaled. Tanpa men