30 murid miskin terima bantuan peralatan sekolah


Zawahir Abdullah (tengah, barisan belakang) bersama sebahagian murid yang menerima bantuan beg sekolah dan alat tulis di Kuala Sala, Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 9 Jan. - Seramai 30 murid termasuk lapan anak yatim di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Mahawangsa, Kuala Sala di sini menerima bantuan beg sekolah serta alat tulis daripada Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia (IAM) semalam.
Pengerusi IAM, Zawahir Abdullah berkata, bantuan tersebut bagi memastikan kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan dapat ke sekolah dengan kelengkapan persekolahan yang sempurna.
"Program di Kedah ini ialah program ketiga diadakan oleh IAM selepas program di Kelantan dan Selangor.
"Kesemua kelengkapan seperti beg sekolah, alat tulis, majalah, air kotak dan biskut dibawa dari Kuala Lumpur ke sini untuk diagihkan kepada murid berkenaan," katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, program tersebut akan diadakan di negeri lain bagi membantu murid yang memerlukan bantuan bagi meneruskan persekolahan mereka.
"Pihak kami dapati ada keluarga miskin yang tidak dapat membeli barangan persekolahan anak-anak mereka kerana kekangan kewangan.
"Wang bantuan RM100 yang berikan kerajaan juga digunakan untuk membeli makanan, jadi pihak kami bantu anak-anak yang memerlukan ini dengan memberi kelengkapan sekolah," katanya.
Zawahir memberitahu, pihak IAM juga menjalankan program jejak prihatin di negeri ini dengan membaiki rumah mereka yang memerlukan.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban