ASEAN digesa bincang Spratly












MANILA 15 Jan. - Filipina menggesa ASEAN mengadakan sidang kemuncak bagi membincangkan isu berhubung pertikaian Kepulauan Spratly yang dituntut oleh China dan empat negara anggota pertubuhan itu.
Setiausaha Luar, Albert del Rosario berkata, beliau telah meminta rakan sejawatnya daripada ASEAN untuk menyokong cadangan Filipina itu ketika mesyuarat tahunan di Kemboja minggu lalu.
"Manila bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada sidang itu nanti," kata del Rosario.
Filipina, Brunei, Malaysia dan Vietnam masing-masing menuntut seluruh atau sebahagian wilayah di Kepulauan Spratly, yang dipercayai memiliki sumber galian dan minyak.
Kepulauan yang terletak di kawasan laluan laut yang sibuk dan dan kaya dengan sumber perikanan itu turut dituntut oleh China dan Taiwan.
Ramai bimbang pertikaian tersebut bakal menjadi punca kepada peperangan terbaru di Asia.
"Satu resolusi mengenai konflik itu perlu diwujudkan berdasarkan undang-undang antarabangsa yang diterima semua pihak seperti Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Undang-undang Laut," kata del Rosario.
China sebelum ini menegaskan enggan menyelesaikan pertikaian itu dengan negara yang tidak terlibat, terutamanya Amerika Syarikat yang mahu ia diselesaikan secara aman kerana melibatkan kepentingan antarabangsa.
Beijing mahu rundingan secara langsung diadakan dengan negara terlibat. - AGENSI

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban