Bangunkan modal insan selari transformasi















PEKAN 15 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pembangunan pendidikan tidak akan tercapai sekiranya modal insan gagal diberi perhatian dalam usaha kerajaan membawa transformasi kepada rakyat.
Beliau berkata, pencapaian itu bukan sahaja disokong dalam penyediaan keperluan pendidikan, tetapi juga sokongan moral daripada warga pendidik, ibu bapa dan semua pihak bagi menjayakannya.
Menurut beliau, kerajaan tidak hanya mahu melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik sahaja sebaliknya mempunyai kualiti serta mantap daripada segi akhlak dan penguasaan amalan nilai-nilai murni.
"Kita perlu buat perbandingan dengan negara-negara membangun yang mana Malaysia berada di saf hadapan.
"Di antara kayu penyukurnya ialah akses pendidikan tinggi yang kini mencecah 37 peratus. Sasaran kita adalah 50 peratus peluang pendidikan dalam masa terdekat yang mana ia menjadi penentu terhadap negara-negara yang sudah maju," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan di sini hari ini.
Seramai 474 pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menerima RM200 dan sijil penghargaan daripada Yayasan Pahang.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban