Kapal Rena putus dua dipukul ribut



Kapal kontena 'Rena' putus dua selepas dipukul ribut di Tauranga, semalam. Kapal itu telah tersadai di situ sejak 5 Oktober lalu setelah terlanggar terumbu karang. - AFP


WELLINGTON 8 Jan. - Sebuah kapal kargo yang terkandas dan menyebabkan pencemaran maritim terburuk di New Zealand pada tiga bulan lalu, terbelah dua akibat dipukul ribut hari ini.
Kejadian itu sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai krisis alam sekitar terbaru di negara tersebut.
Sepasukan pembersih minyak dan pakar hidupan liar telah dikerah ke kawasan kejadian apabila minyak mulai keluar dari kapal Rena yang tersangkut di terumbu karang Astrolabe yang terletak 22 kilometer dari pesisiran pantai North Island sejak 5 Oktober lalu.
Aktiviti perkapalan juga dilarang di kawasan itu ekoran hampir 300 kontena dihanyutkan dari bangkai kapal itu yang berkemungkinan akan terbalik.
Kini Rena terbelah dua dengan jarak 20 hingga 20 meter selepas dilanda ombak kuat setinggi tujuh meter.
Komander Maritim New Zealand (MNZ), Alex van Wijngaarden yang berada di tempat kejadian berkata, Pasukan Bantuan Kecemasan, termasuk pasukan pembersih minyak dan pakar hidupan liar membuat persediaan terhadap kemungkinan berlakunya tumpahan minyak kapal ke persisiran pantai.
"Pada tahap ini, jumlah minyak tumpahan minyak masih tidak dapat dipastikan," katanya.
Kira-kira 1,300 burung mati akibat tumpahan 350 tan minyak semasa kapal itu terkandas tiga bulan lalu, serta menyebabkan pencemaran di pantai-pantai indah negara ini.
Lebih 1,000 tan minyak kemudiannya dikeluarkan dari kapal terbabit namun masih terdapat saki baki minyak yang tertinggal di dalamnya. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban