Semangat Piala FA mampu julang Blues


LONDON - Pembantu jurulatih Chelsea, Roberto di Matteo percaya persembahan baik dalam Piala FA bakal membantu musim Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Skuad Blues mara ke pusingan keempat dan akan menentang sama ada QPR atau MK Dons selepas menang 4-0 ke atas Portsmouth di Stamford Bridge semalam.
Kemenangan semalam bermakna skuad Andre Villas-Boas memulakan tahun baru dengan dua kemenangan berturut-turut selepas menamatkan 2011 dengan pencapaian kurang memuaskan.
Ia menyebabkan pengurus Blues itu hampir berputus ada dalam saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Kemenangan ke atas Portsmouth, iaitu lawan yang dikalahkan Chelsea pada perlawanan akhir Piala FA 2010 di Stadium Wembley, membolehkan Blues kembali ke landasan di Stamford Bridge, ekoran kekalahan 1-3 pada aksi terakhir di padang sendiri kepada Aston Villa.
Juan Mata memecah kebuntuan jaringan dengan skuad Pompey pada awal babak kedua namun terpaksa menunggu pada lima minit terakhir perlawanan untuk menambah jaringan dengan dua gol menerusi Ramires dan satu lagi oleh Frank Lampard.
Di Matteo, dua kali memenangi Piala FA sebagai pemain Chelsea pada 1997 dan 2000, berkata: "Piala FA adalah trofi yang mahu kami menangi dan meneruskan kemaraan dalam kejohanan ini mampu menjulang semua suasana,"
Bekas pemain tengah Itali itu memuji prestasi Ramires, terutama jaringan kedua pemain Brazil itu.
"Saya harus katakan bahawa saya gembira dengan jaringan tersebut, cara dia melakukannya. Dia pemain yang hebat buat kami, sangat dinamik, dia memberikan kami banyak tenaga.
Sementara itu, di Matteo menegaskan dia tidak tahu dengan sebarang usaha musuh setempat di London, Arsenal yang berhajat mendapatkan Salomon Kalou. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban