UniMAP jalin kerjasama 6 industri

utusanmelaka@utusan.com.my
Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah bersama wakil UniMAP dan beberapa wakil industri selepas memeterai memorandum persefahaman di Melaka, baru-baru ini.



MELAKA 10 Jan. - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan enam industri dan agensi di negeri ini.
MoU tersebut ditandatangani sempena lawatan kerja tiga hari Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP ke Melaka baru-baru ini.
Enam industri yang menjalin hubungan kerjasama tersebut adalah Kosmo Biotechnology Sdn. Bhd., Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara, Sri Jentayu Sdn. Bhd., Sirim Berhad, Mechanical Training Solution Sdn. Bhd. dan Ergoworks Sdn. Bhd.
Majlis tersebut disaksikan oleh Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah yang juga Pro-Canselor UniMAP.
UniMAP diwakili Naib Canselornya, Brig. Jen. Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin, manakala Kosmo Biotechnology Sdn. Bhd. diwakili Pengarahnya, Mohd. Dzuhari Mohd. Daud, Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara diwakili Timbalan Pengerusinya, Mohamad Aliasman Morshidi.
Sri Jentayu pula diwakili Pengarah Urusan, Zakaria Hussin, Sirim Berhad diwakili Ketua Eksekutif, Dr. Zainal Abidin Mohd. Yusof, Mechanical Training Solution diwakili Pengarahnya, Thariq Husni dan Ergoworks oleh Pengarahnya, Dr. Jalaluddin Dahalan.
Kamarudin berkata, menerusi kerjasama itu, ia diharap akan dapat mempelbagaikan produk penyelidikan dan inovasi yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.
"Sebagai contoh, kita menjalinkan kerjasama dengan Sirim dan Mechanical Training Solution (MTS) Sdn. Bhd. dalam aspek tenaga boleh diperbaharui (RE) memandangkan UniMAP memulakan program RE ini secara berskala dan loji pandu," katanya.
Katanya, menerusi kerjasama tersebut, UniMAP dijangka dapat menghasilkan satu pembaharuan dalam bidang solar.
Beliau memberitahu, sebelum ini, projek pertama RE Sirim dan MTS adalah pemasangan empat unit wind turbine di Masjid Terapung Kuala Perlis.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban