Khazanah, PNB diminta lupus perniagaan bukan teras























PUTRAJAYA 9 Feb. — Mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini memutuskan untuk meminta Khazanah dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) melupuskan syarikat-syarikat yang dianggap bukan teras, untuk ditadbir dan diserah milik kepada syarikat Bumiputera menerusi proses tender terbuka.
Najib berkata, setakat ini lima syarikat dari Khazanah dan lima dari PNB sudah dikenal pasti untuk tujuan pelupusan itu.
"Syarikat-syarikat Bumiputera akan libatkan, dan syarikat terbaik, kukuh, yang mempunyai kemampuan, boleh memiliki syarikat-syarikat tersebut, yang seterusnya dapat menambah nilai ekuiti Bumiputera,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media di sini, selepas mempengerusikan mesyuarat itu yang berlangsung selama kira-kira dua jam di Bilik Mesyuarat Perdana di sini. — BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban