Kumpulan Utusan catat untung RM19.1j

Kumpulan Utusan

















KUALA LUMPUR 29 Feb. – Kumpulan Utusan mencatatkan untung bersih sebanyak RM19.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, peningkatan sebanyak RM16.8 juta berbanding RM2.3 juta untuk tempoh yang sama, tahun sebelumnya.
Kumpulan dalam kenyataan di sini berkata, ia juga mencatatkan keuntungan selepas cukai bagi suku keempat sebanyak RM11.6 juta, hampir menyamai dengan keuntungan yang dicatatkan pada suku yang sama tahun 2010 iaitu sebanyak RM11.8 juta.
Jelas Kumpulan Utusan lagi, jumlah perolehan sepanjang tahun 2011 telah meningkat sebanyak RM24.8 juta kepada RM366.72 juta daripada RM341.4 juta pada tahun 2010.
“Penyumbang utama keuntungan ialah segmen pengiklanan yang bertambah sebanyak 16 peratus.
“Segmen pengedaran turut meningkat sebanyak empat peratus. Namun begitu, kos operasi juga meningkat terutamanya kos bahan mentah dan kos pekerja yang masing-masing naik sebanyak 20 peratus dan 10 peratus,’’ jelas Kumpulan Utusan.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban