Rancang senarai 4 perniagaan






Mohd. Bakke Salleh ketika mengumumkan kedudukan kewangan Sime Darby Bhd, semalam. - UTUSAN/MOHD. NOOR AMIN




































KUALA LUMPUR 29 Feb. - Sime Darby Bhd. (Sime Darby) merancang untuk menyenaraikan empat perniagaan terasnya - perladangan, motor, hartanah dan industri pada tahun depan.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Mohd. Bakke Salleh berkata, kini segmen-segmen itu bersedia untuk penyenaraian dan pihaknya cuma menunggu masa terbaik untuk berbuat demikian.
''Kita akan melakukannya secara berperingkat-peringkat dan yang pasti kami perlu mengoptimumkan nilai," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi separuh pertama 2011/12 di sini hari ini.
Beliau berkata, konglomerat itu juga bersedia menimbangkan untuk melaksanakan pengambil alih dan penggabungan tetapi ia terhad kepada segmen-segmen terasnya, khususnya dalam memperluaskan bank-bank tanah ladangnya.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban