Dagangan Malaysia-India RM45b

Dagangan Malaysia-India RM45b



























KUALA LUMPUR 13 Mac - Perdagangan dua hala antara Kuala Lumpur dan New Delhi berpotensi mencecah sehingga AS$15 bilion (RM45.5 blion) tahun ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.


Katanya, melalui banyak inisiatif seperti misi perdagangan, pameran dan taklimat yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dan India, pergerakan barangan dan perkhidmatan akan meningkat dengan banyak dan sejajar dengan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehnsif Malaysia-India (CECA).
"Inilah yang sedang kami usahakan dan ia tidak boleh dicapai jika kita berpeluk tubuh. Satu inisiatif langsung, di mana kita melakukan pemadanan perniagaan antara syarikat Malaysia dan India, benar-benar akan membantu meningkatkan perangkaan perdagangan.
"Saya berkeyakinan bahawa sasaran US$15 bilion boleh dicapai tahun ini, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Kimia India 2012 di sini hari ini.
Unjuran perangkaan perdagangan itu dijangka dicapai pada 2015 di bawah CECA, seperti yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan dari Indianya, Manmohan Singh.
Mukhriz berkata bulan ini menandakan bulan ke-lapan pelaksanaan CECA Malaysia-India, dan para pegawai kedua-dua negara sedang menjejaki dengan rapi kesannya ke atas hubungan perdagangan dua hala.
Tahun lepas, jumlah dagangan dua hala Malaysia-India mencecah US$12.5 bilion, yang meningkat 33 peratus berbanding 2010.
Di segi pelaburan, pelaburan India bernilai US$1.2 bilion di dalam sektor pengeluaran yang dilaksanakan pada tahun lepas, dengan pelaburan Malaysia di India berjumlah US$2.8 bilion bagi tempoh yang sama.
"Kami berharap melihat lebih banyak pelabur India melakukan perniagaan di Malaysia. Kerajaan Malaysia telah mengemaskinikan dan menambah baik pakej insentif yang kami tawarkan kepada para pelabur.
"Malah, koridor pembangunan wilayah dan taman-taman perindustrian kini menawarkan pakej insentif khusus dan mengikut keperluan bagi menampung keperluan pelabur," kata Mukhriz.
Katanya syarikat-syarikat ditawarkan beberapa kelebihan di dalam usaha memindahkan perniagaan ke Malaysia seperti lokasi geografi, langkah memudahkan komunikasi dan pergerakan antara pembekal dan pengguna di kedua-dua timur dan barat.
"Malaysia mempunyai hubungan kukuh di dalam Asean dan dengan pasaran lain di rantau Asia Pasifik melalui rangkaian Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang meluas.
"Ini turut memberikan anda capaian pemasaran luar biasa berasaskan keutamaan," katanya. — BERNAMA

Related Posts :info business, Info Niaga

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban